Presiden Israel: Normalisasi Israel-Saudi akan menjadi ‘game changer’ bersejarah

Presiden Israel Isaac Herzog memberitahu Persidangan Institut Demokrasi Israel bahawa semasa pertemuannya dengan Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan pada hujung minggu, mereka bercakap mengenai cadangan agar Israel menormalisasikan hubungannya dengan Arab Saudi.

Herzog berkata dia berharap pilihan ini sedang dipertimbangkan dengan serius. Tindakan itu akan menjadi ‘game changer’ bersejarah yang merupakan kemenangan ke atas empayar jahat (pejuang Palestin), yang berusaha pada 7 Oktober untuk memusnahkan peluang untuk normalisasi,” kata Herzog.

Menurut Herzog, “Perjuangan kita bukan sahaja menentang Hamas, ia adalah perjuangan strategik dan sejarah yang hebat, antara kuasa dan perjuangan global, dan kita mesti melakukan segala-galanya agar sesuai dengan visi besar normalisasi.” – Middle East Eye

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air

Next Post

Norway, Ireland dan Sepanyol sepakat iktiraf negara Palestin

Related Posts