Dunia Palestin terbit e-komik kedua kisah perjuangan Yahya Sinwar

Dunia Palestin melancarkan e-komik kedua bertajuk Yahya Sinwar: Pemimpin yang Syahid di Medan, yang mengisahkan perjalanan hidup pemimpin pejuang Palestin, al-Syahid Yahya Sinwar, berdasarkan penceritaan sahabat baiknya, Dr. Ma’mun Abu Amer.

Menerusi kenyataan pada Selasa, Dunia Palestin memaklumkan bahawa e-komik ini membawa pembaca menelusuri kisah perjuangan Yahya Sinwar ketika beliau di dalam penjara Israel sehingga syahid di medan memimpin operasi Taufan al-Aqsa dalam bentuk ilustrasi yang menarik.

“E-komik ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat, khususnya generasi muda dengan sejarah perjuangan rakyat Palestin melalui medium yang lebih interaktif”, menurut kenyataan itu.

Dunia Palestin turut mengajak orang ramai membaca e-komik ini bersama keluarga bagi memahami lebih mendalam kisah perjuangan Palestin.

E-komik Yahya Sinwar 2.0 ini boleh didapati melalui pautan duniapalestin.com atau bit.ly/komiksinwarsyahid. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terowong Pentagon: Rangkaian perisikan canggih al-Qassam

Next Post

Hujan lebat membanjiri puluhan khemah penduduk di selatan Gaza

Related Posts