Houthi Yaman mensasarkan loji janakuasa Israel di Haifa

Kumpulan Houthi Yaman berkata pada Ahad bahawa mereka telah mensasarkan loji janakuasa di Haifa di utara Israel di tengah-tengah peningkatan perang genosid Tel Aviv ke atas Semenanjung Gaza.

Jurucakap tentera Yahya Saree berkata peluru berpandu balistik hipersonik telah ditembak ke arah stesen janakuasa Orot Rabin di selatan Haifa.

Beliau berkata peluru berpandu tersebut mengenai sasarannya, tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Jurucakap itu berjanji untuk meneruskan serangan terhadap sasaran Israel sehingga Israel menghentikan serangannya ke atas Gaza dan menamatkan sekatannya ke atas wilayah tersebut.

Tentera Israel pula mengesahkan bahawa pertahanan udaranya telah memintas peluru berpandu dari Yaman sebelum memasuki ruang udara Israel.

Houthi telah mensasarkan kapal kargo Israel atau yang berkaitan dengan Tel Aviv di Laut Merah dengan peluru berpandu dan dron sebagai tanda sokongan kepada Semenanjung Gaza, di mana lebih 45,700 orang telah terbunuh dalam perang genosid Israel sejak 7 Oktober 2023. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Korban di Gaza melepasi 45,800 dalam perang genosid Israel

Next Post

Tujuh bayi maut di Gaza akibat cuaca sejuk

Related Posts