Davutoglu cadang Gaza dijadikan wilayah autonomi Turki

Bekas Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu mencadangkan agar Gaza dijadikan wilayah autonomi Turki selepas satu referendum dijalankan, sebagai respons kepada rancangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menjajah Gaza.

Menurut laporan Turkiye Today, Davutoglu, yang juga Pengerusi Parti Masa Depan (Gelecek Partisi), membuat kenyataan itu dalam mesyuarat kumpulan New Path Group yang dianggotai oleh Parti Kebajikan (Felicity Party), Parti Demokrasi dan Kemajuan (DEVA Party) serta Parti Masa Depan.

“Sekarang, sebagai seorang Turki daripada warisan Uthmaniyah, saya katakan ini: kerajaan terakhir yang sah bagi penduduk Gaza ialah Empayar Uthmaniyah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Gaza harus diberi peluang untuk mengundi dalam satu referendum dan sehingga negara Palestin ditubuhkan, mereka boleh menjadi wilayah autonomi di bawah Turki.

“Adakah mereka fikir kita tidak akan mempertahankan rakyat Gaza, yang tidak pernah mempunyai kewarganegaraan sah selain daripada Uthmaniyah dan pernah berjuang bersama datuk moyang kita, hanya kerana Amerika Syarikat mahu merampas Gaza?” ujarnya.

Cadangan ini mencerminkan pandangan sejarah hubungan Turki-Gaza sejak zaman Empayar Uthmaniyah dan berpotensi mencetuskan reaksi dalam kalangan masyarakat antarabangsa berhubung masa depan Gaza. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jordan kekal teguh menentang pemindahan rakyat Palestin

Next Post

Analisis Strategik Pasca Gencatan Senjatan Gaza

Related Posts