Netanyahu berucap dalam Kongres Amerika pada 24 Julai 2024 yang lalu bahawa “kemenangan sudah hampir” dalam melawan Briged Pejuang di Gaza. Ini sangat bertentangan dengan data yang ada.
Beberapa hari yang lalu CNN telah mengeluarkan sebuah berita analisis forensik Perang Gaza yang dilakukan oleh dua buah think tank ketenteraan iaitu Institue for the Study of War (ISW) dan Critical Threat Project (CTP), yang menarik dalam analisa ini menunjukkan bahawa hampir separuh daripada batalion Briged Pejuang iaitu 7 batalion daripada 16 batalion di utara dan tengah Gaza yang dikatakan telah dilemahkan keupayaan (degraded) untuk menyerang telah kembali berfungsi penuh dengan keupayaan penuh untuk menyerang (combat effective) walau peperangan telah berlangsung 10 bulan.
Berikut adalah data terperinci tentang 24 batalion Briged Pejuang:
1) Briged Pejuang di Gaza terbahagi kepada 5 buah Briged dan 24 buah Batalion:
a) Briged Utara Gaza – 5 buah batalion
b) Briged Bandar Gaza – 6 buah batalion
c) Briged Tengah Gaza – 4 buah batalion
d) Briged Khan Younis – 5 buah batalion
e) Briged Rafah – 4 buah batalion
Menurut data sehingga 1 Julai:
2) 3 buah batalion daripada 24 buah batalion dikategorikan sebagai batalion yang tidak berkesan lagi untuk menyerang dan bertempur (combat ineffective).
3) 8 buah batalion daripada 24 batalion ini dikategorikan sebagai batalion yang masih mempunyai keupayaan untuk menjayakan misi serangan dan bertempur terhadap tentera Israel serta batalion ini menggunakan taktikal yang baik dan persenjataan yang lebih canggih sebagai contoh Anti Tank Guided Missile (ATGM) dan SAM 7 (combat effective).
4) Manakala baki 13 buah batalion telah dikategorikan sebagai unit yang telah dilemahkan keupayaan menyerang (degraded). Apakah yang dimaksudkan dengan unit yang telah degraded ini?
Unit yang degraded ini adalah unit yang telah mengalami kerugian serta menghalang keupayaannya untuk melaksanakan misi yang ditetapkan, dan ia hanya menunjukkan beberapa ciri unit yang berkesan untuk bertempur. Ia mungkin kehilangan beberapa komander dalam tempoh masa yang singkat.
5) Lebih kurang empat batalion dari Briged Tengah Gaza merupakan Briged paling kurang mengalami impak serangan dan masih utuh sehingga kini.
Analisis CTP, ISW dan CNN mengenai keupayaan Briged Pejuang untuk memyusun semula unit dan serangan tertumpu kepada 16 batalion di Tengah dan Utara Gaza dimana 2 buah tempat ini adalah mengalami sasaran paling lama didalam Perang ini. Apakakah yang dimaksudkan dengan penyusunan semula (reconstitute)?
Penyusunan semula ialah satu set tindakan yang bertujuan untuk memulihkan tahap keberkesanan pertempuran yang boleh diterima untuk misi tertentu selepas kemerosotan teruk. Penyusunan semula terdiri daripada dua tugas:
a) Penjanaan semula anggota melalui rekrut baru.
b) Penyusunan semula komander lapangan.
Nota: Kategori dan definisi Combat Effective, Degraded dan Combat Ineffective adalah pengekelasan menurut ketenteraan AS sendiri.
Namun, setelah 10 bulan Perang berlalu, 7 daripada 16 batalion (44%) ini telah dapat membentuk dan membina semula beberapa keupayaan ketenteraan sekurang – kurangnya sekali dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Kesemua ini berada di bahagian utara dan Bandar Gaza.
Ini dapat dilihat bagaimana proses keupayaan serangan dan bertempur dikembalikan oleh Batalion Briged Pejuang ini adalah apabila di Jabaliya telah mengalami 3 kali pencerobohan darat beserta pengeboman yang brutal namun tentera Israel masih tidak dapat menembusi jantung Kem Jabaliya. Begitu juga di kawasan Zaytoun, tentera Israel telah melakukan pencerobohan 4 kali. Menurut data yang saya kaji juga memperlihatkan operasi Israel hanya mampu bertahan selama 7 hari ke 20 hari maksimum namun akan pulang dengan kegagalan.
Apa yang disebut oleh Netanyahu bahawa Israel semakin hampir dengan kemenangan setelah pembunuhan ke atas pemimpin Hamas dan beberapa komander Briged Pejuang telah mendapat tentangan dari beberapa komander lapangan sebagai contoh baru-baru ini Ketua Pegawai Tentera Israel telah menghantar surat kepada Ketua Staf Tentera Israel, Herzi Halevi bahawa
“Kami yang datang dari lapangan sangat mengetahui bahawa keadaan masih jauh dari kemenangan”
Manakala baru-baru ini juga Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengeluarkan kenyataan bahawa:
“Berbicara tentang Kemenangan Mutlak (Absolute Victory) di Gaza adalah perkara karut”
Seorang lagi pegawai tentera Israel yang terlibat didalam perang ini memberi perumpaan tentang kempen ketenteraan Israel di Gaza ini ibarat pelari maraton di manakah garisan penamat. Bahkan pelari ini terus berlari namun tidak tahu samada berada dilandasan yang tepat atau tidak.
Ketahanan (resilience) Briged Pejuang melalui taktikal Gerila didalam Perang Hakisan (War of Attrition) yang dilakukan oleh Israel dan kegagalan Israel.
Meskipun, beberapa bulan yang lalu tentera Israel mengumumkan bahawa mereka telah membunuh 14,000 pejuang iaitu separuh dari keseluruhan anggota briged. Namun, nombor ini tidak dapat dipastikan bahkan sekarang dengan tindakan Israel yang kejam mengebom tanpa henti serta melakukan pemaksaan pindah randah terhadap rakyat Palestin berkali-kali didalam Gaza menjadikan kemarahan dan dendam rakyat Palestin terhadap Israel adalah paling utama berbanding masalah yang lain.
Dengan kematian yang ramai dan secara kejam menambahkan lagi rekrut pejuang beribu-ribu orang menjadikan sumber anggota bertempur tidak akan pernah kurang walaupun persenjataan hanya dapat digunakan secara optimum dan tidak dapat diberikan secara berlebihan terhadap anggota baru. Ini adalah logik dalam logistik peperangan.
Kenapa Israel berada didalam masalah yang lebih mendalam?
Menurut seorang penganalisis geopolitik, John Mearsheimer, penulis buku The Israel Lobby dan The Tragedy of Great Power Politics telah menggariskan 4 sumber kenapa Israel berada didalam masalah mendalam dan mereka tidak boleh berpatah balik.
1) Israel kembali ke Gaza dan apabila mereka kembali ke Gaza mereka tiada solusi terhadap masalah di Gaza.
2) Cara Israel berfikir tentang pertahanan (deterrence) –
Pertahanan Israel sangat bergantung kepada Escalation Dominance. Kenapa Escalation dan Dominance?
Israel beranggapan bahawa siapa-siapa yang memukul dia dengan sekali pukulan, Israel akan membalas 2,3 atau 4 kali pukulan. Kemudian apabila volume of escalation atau pukulan ini meningkat dan apabila musuhnya kalah dengan pukulan berkali-kali dan brutal ini maka di sini Israel akan mengunjurkan (projecting) dominance.
Ini dapat dilihat dengan Israel membunuh sebahagian pimpinan pejuang dan memenjara rakyat Palestin dengan cara yang tidak masuk akal dan tempoh yang tidak masuk akal. Bahkan di pentas geopolitik, Israel membalas serangan dengan brutal ke atas Hizbullah di Selatan Lubnan.
Tetapi selepas 7 Oktober segalanya berubah. Israel masih tidak mampu untuk mencari dominance dalam escalation dominance yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza. Bahkan akan gagal jika Israel memasuki perang serantau (regional war) melawan selatan Lubnan, Syria, Iraq dan Iran.
Dari point of view Israel tentang Pertahanan (deterence) ini menjadi punca Israel memasuki masalah yang mendalam (quagmire) dan tidak dapat berpatah balik.
3) Israel dikelilingi oleh musuh Israel yang telah dipertingkatkan keupayaan tempur dan serangan jarak jauh terutamanya teknologi dron dan peluru berpandu bahkan sudah lama menyimpan untuk menjahamkan Israel.
4) US tidak akan mampu untuk membantu Israel secara penuh kerana point of view AS ancaman China lebih besar terutamanya dengan perkembangan yang berlaku di Taiwan dan juga perkembangan di Laut China Selatan.
Konklusinya, dengan masalah-masalah ini Israel berterusan di dalam taufan yang tiada jalan keluar buatnya dan pertama kali dalam sejarah kita melihat perkara ini berlaku. Tetapi dalam kelemahan Israel ini adakah negara Islam akan mengambil peluang untuk meranapkan Israel?
Nabil Takiyuddin
Penyelidik Dunia Palestin