Apakah sebenarnya ‘peta Netanyahu’ dan perancangannya untuk Gaza?

Benjamin Netanyahu berdiri di hadapan peta Semenanjung Gaza yang bertanda dengan ikon untuk memberitahu penonton bahawa Hamas telah memasuki kawasan itu sejak pengunduran Israel pada 2005, di sebuah konferens berita pada 2 September 2024. Tulisan Hebrew di skrin bertulis: ‘Gaza setelah pemisahan paip oxigen Hamas’ [Ohad Zwigenberg/Pool via AP Photo.]

Pada 2 September, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pergi ke TV untuk bercakap tentang perang ke atas Gaza.

Selepas operasi Taufan al-Aqsa pada 7 Oktober, di mana 1,139 orang di Israel mati dan 250 lagi ditawan, Israel melancarkan perang ke atas Gaza yang telah membunuh lebih daripada 40,000 rakyat Palestin di sana.

Tekanan dari antarabangsa dan dalaman telah memaksa Netanyahu untuk bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata yang melibatkan tawanan Israel dikembalikan sebagai pertukaran untuk menamatkan pertempuran dan pembebasan tawanan Palestin.

Tetapi sidang akhbar Netanyahu memberi isyarat bahawa dia tidak berniat untuk bersetuju dengan gencatan senjata tersebut.

Sebaliknya, Netanyahu membentangkan perancangan untuk ‘masa depan’ Palestin. Ini semua yang anda perlu tahu tentangnya:

Apakah perkara sebenar yang berlaku?

Apabila Netanyahu muncul di televisyen, dia berdiri di hadapan peta gergasi dengan penunjuk di tangannya. Paparan peta tersebut mengandungi ikon bom diletakkan di Gaza, diselangi dengan ikon “lelaki bertopeng”.

Dia berada di sana untuk membuat pembentangan yang licik tentang apa yang dia mahu lakukan di Semenanjung Gaza, secara terang-terangan, yang ketara ialah kawasan Tebing Barat tiada di dalam peta tersebut.

Apa yang dia mahu lakukan kepada Gaza?

Dia mahu seluruh kawasan di utara yang dimusnahkan tentera Israel dikekalkan dalam autoriti Israel melalui Koridor Netzarim.

Tidak akan ada pembinaan semula dan orang ramai tidak akan dibenarkan pulang ke rumah mereka.

Dakwaannya, supaya tentera Israel boleh bekerja untuk membongkar mana-mana infrastruktur terowong atau “sarang” Hamas di kawasan itu.

Kawasan paling selatan di Gaza, Koridor Philadelphi, akan kekal di bawah kawalan tentera Israel, manakala koridor ketiga baharu akan dibina di antara Rafah dan Khan Younis dan juga dikawal oleh Israel.

Akan tetapi, Netanyahu tidak mahu Israel disibukkan untuk menguruskan hal ehwal lebih dua juta orang awam yang dirancang untuk dipindahkan, sebaliknya dia mencadangkan agar pihak berkuasa awam tempatan menguruskan hal ehwal mereka.

Bagaimana dengan Tebing Barat yang dijajah?

Seperti yang dinyatakan di atas, rancangannya seolah-olah ingin memadamkan Tebing Barat yang dijajah sepenuhnya.

Peta yang ditunjukkan oleh Netanyahu menekankan seolah-olah Tebing Barat telah sepenuhnya menjadi sebahagian daripada Israel.

Netanyahu menunjukkan peta yang memaparkan Tebing Barat sebagai sebahagian dari Israel pada 4 September 2024 [Abir Sultan/AFP]

Pembentangan ini berlaku ketika serangan Israel ke atas kem pelarian dan bandar di Tebing Barat mencapai tahap tertinggi baru, mungkin inilah matlamat sebenar Netanyahu.

Mengapa Koridor Philadelphi?

Philadelphi terletak di sempadan Mesir. Netanyahu telah mendakwa bahawa hanya Israel boleh mengawal lintasan sempadan itu untuk menghalang Hamas daripada menyeludup tawanan yang dimilikinya keluar dari Gaza atau menyeludup senjata dan penyeludupan yang lain.

Walaupun terdapat beberapa kenyataan awam oleh orang-orang dalam kabinet dan pertubuhan keselamatannya sendiri, Netanyahu bertegas dan telah meletakkannya sebagai “batu asas” keselamatan Israel.

Akan tetapi, penganalisis percaya tumpuan Netanyahu pada Koridor Philadelphi adalah atas sebab yang berbeza iaitu percubaan menggagalkan perjanjian gencatan senjata.

“Pada asasnya, ia merupakan alasan yang Netanyahu gunakan pada ketika ini,” Zachary Lockman, pakar Israel-Palestin di Universiti New York, memberitahu Al Jazeera.

Mengapa Netanyahu mahu menggagalkan gencatan senjata?

Soalan yang sangat baik. Desakan terhadap Koridor Philadelphi ini menahan genjatan senjata berlaku – kerana Mesir juga menentang Israel berada di sana.

Tiada gencatan senjata bermakna tawanan yang dibawa masuk ke Gaza pada 7 Oktober tidak akan kembali dalam masa terdekat, satu fakta yang menimbulkan kemarahan keluarga, rakan dan sejumlah besar pendatang haram Israel yang membantah.

Orang ramai berdemonstrasi dalam sebuah bantahan untuk menunjukkan sokongan terhadap orang yang ditawan sejak 7 Oktober di Tel Aviv pada 4 September, 2024 [Florion Goga/Reuters]

Semua ini kelihatan seperti situasi yang perlu dielakkan oleh Netanyahu, namun tidak berlaku seperti itu. Penganalisis dan juga beberapa pegawai AS mengatakan bahawa Netanyahu sebenarnya berhasrat mewujudkan rundingan gencatan senjata untuk memanjangkan masanya berkuasa dan mengelak daripada dibicarakan atas kes rasuah yang difailkan terhadapnya.

Jadi tentera Israel tinggal di Gaza?

Mengikut rancangan cadangan Netanyahu, ya.

Israel mengekalkan kawalan ke atas Koridor Netzarim yang membelah kawasan utara dengan kawasan selatan Gaza dan Koridor Philadelphi, yang bersempadan dengan Mesir. – Al Jazeera/ Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Abu Ubaidah: Pistol wira Jordan lebih berfungsi daripada tentera besar

Next Post

40 terbunuh, 65 cedera akibat serangan Israel dalam zon kemanusiaan Gaza

Related Posts