Briged al-Qassam seru umat Islam bersatu gagalkan agenda Israel Raya

Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaidah menyeru umat Islam agar bersatu dan berdiri dalam satu saf bagi menggagalkan rancangan Zionis untuk meluaskan pencerobohan serta merealisasikan agenda mereka yang disebut sebagai “Israel Raya”.

“Kami menyeru seluruh umat agar bersatu dan berdiri dalam satu saf menghadapi rancangan musuh Zionis serta niat tersembunyi mereka untuk meluaskan pencerobohan ke lebih banyak negara Arab dan Islam”, katanya dalam satu kenyataan.

Abu Ubaidah turut memuji tindakan para pejuang di Lubnan yang berjaya menentang tentera Zionis yang melakukan pencerobohan serta menyebabkan kerugian besar terhadap mereka.

Menurutnya, operasi yang dilaksanakan oleh para pejuang tersebut turut menyasarkan sasaran strategik di dalam wilayah entiti Zionis, sekali gus menunjukkan hak sah mereka untuk mempertahankan tanah air serta kedaulatan negara daripada pencerobohan yang berterusan.

Beliau menyatakan sokongan penuh kepada para pejuang yang mempertahankan bumi mereka daripada serangan yang tidak pernah berhenti, sambil menegaskan bahawa tindakan mempertahankan tanah air adalah hak yang sah.

Dalam kenyataan yang sama, Abu Ubaidah merakamkan penghormatan kepada para syuhada di Lubnan serta mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang cedera, selain keselamatan buat seluruh rakyat negara tersebut. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel berterusan tutup Masjid al-Aqsa, larang solat Jumaat

Next Post

Garis panduan agar tidak melampau dalam menilai konflik Iran–Israel

Related Posts