Kisah pejuang muqawamah dalam pertempuran Shuja’iyyah

Ini adalah kisah pertempuran sebenar daripada kisah-kisah di Gaza dalam Pertempuran Shuja‘iyyah kali kedua.

Seorang pejuang muqawamah yang terlibat dalam pertempuran itu menceritakan kepada salah seorang keluarganya:

Kami adalah satu kumpulan yang terdiri daripada lima orang pejuang muqawamah dan kami memiliki bekalan senjata yang mencukupi untuk memusnahkan sepuluh kenderaan musuh.

Musuh memasuki kawasan kami, tepat di tengah-tengah kejiranan Shuja‘iyyah, lalu memulakan serangan pengeboman yang sangat hebat sebagai persediaan untuk mara masuk.

Kami langsung tidak takut.

Bahkan sebaliknya, kami merasakan kekuatan dan kemuliaan kerana inilah saat yang kami tunggu-tunggu dengan penuh kerinduan.

Kami berempat bersama seorang ketua pasukan baru sahaja disusun dalam unit tempur sekitar setahun yang lalu.

Namun ketua kami lebih berpengalaman, hasil penyertaannya dalam beberapa peperangan terdahulu.

Ketua berdiri di hadapan kami dan meneguhkan hati kami dengan kata-kata yang seakan-akan baru pertama kali kami dengar:

“Sesiapa yang mengenal Allah ketika senang, Allah akan mengenalnya ketika susah. Mohonlah pertolongan Allah. Inilah jalan jihad. Sesiapa yang menyangka jalan ini dipenuhi bunga, maka dia sedang tertipu.”

Beliau kemudian berdoa memohon kemenangan dan keteguhan sehingga kami merasakan ketenangan turun ke dalam hati kami. Maha Suci Allah.

Allah mengurniakan kepada kami kejayaan yang besar.

Kami berjaya memusnahkan dan melumpuhkan hampir sembilan kenderaan musuh termasuk kenderaan perisai dan kereta kebal Merkava.

Pertempuran ini berlanjutan selama tiga hari di celah-celah lorong sempit.

Kami hidup hanya dengan sebiji tamar dan seteguk air.

Pada hari terakhir, tinggal satu sahaja peluru bersama kami, sedangkan kami berlima.

Ketika itu berlaku sesuatu yang sangat luar biasa.

Kami memerhati sasaran untuk memilih cara terbaik bertindak.

Kami berebut-rebut, siapa yang akan melaksanakan tugas tersebut.

Sasaran akhirnya munculViaitu sebuah kenderaan perisai jenis Namer.

Ketika itu, kami semua berlumba-lumba untuk menjadi orang yang menembak peluru tersebut.

Tiada seorang pun yang mahu mengalah.

Ketua kami mencadangkan agar kami membuat undian.

Kami bersetuju. Undian dibuat, dan ia jatuh kepada salah seorang daripada kami.

Seperti kebiasaan kami sebelum sebarang pelaksanaan, kami akan berwasiat dan berpisah antara satu sama lain kerana ada kemungkinan pelaksana akan gugur syahid.

Tiba-tiba, salah seorang daripada kami menangis teresak-esak.

Kami bertanya kepadanya apa yang berlaku, tetapi dia tidak mampu bercakap kerana terlalu kuat menangis.

Dia bersandar pada runtuhan tiang sehingga kembali tenang.

Kami bertanya lagi. Lalu dia berkata sesuatu yang sangat mengejutkan:

“Kamu semua mahu menghalang aku daripada syurga, sedangkan aku telah dijanjikan syurga hari ini.”

Kami saling berpandangan dengan penuh kehairanan.

Kami bertanya kepadanya, “Bagaimana? Apa maksudmu?”

Dia menjawab:

“Malam tadu ketika aku terlelap seketika, aku bermimpi melihat Nabi ﷺ. Baginda berkata kepadaku: ‘Wahai fulan, kami menjemputmu makan bersama kami esok.’”

Allahu Akbar, tiada Tuhan selain Allah.

Dia berkata lagi bahawa dia tidak mahu mendedahkan rahsia itu dan dia yakin undian pasti akan jatuh kepadanya. Dia kembali menangis.

Firman Allah:

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى”. الكهف 13

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (al-Kahfi: 13)

Pejuang yang namanya terpilih melalui undian berkata kepadanya:

“Aku akan menyerahkan tugas ini kepadamu, tetapi dengan satu syarat.”

Dia menjawab, “Nyatakan apa sahaja syaratmu.”

Pejuang itu berkata, “Jika Allah memuliakanmu dengan syahid, sampaikan salamku kepada Nabi ﷺ, dan jadilah pemberi syafaat untukku pada hari kiamat.”

Kami semua tidak mampu menahan tangisan. Kami berada dalam ujian yang sangat berat, bertempur dengan bekalan yang amat terhad.

Saudara kami mengambil senjata dan kami mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Demi Allah, kami tidak pernah melihat semangat seperti itu sebelum ini.

Wajahnya bercahaya, dipenuhi tenaga luar biasa.

Seandainya dia diminta mengalihkan gunung, nescaya dia mampu melakukannya.

Sebelum berpisah, kami juga memintanya agar menjadi pemberi syafaat kepada kami jika dia dianugerahkan syahid.

Kami kembali ke posisi kami dan terus memerhati.

Dia berjaya menyusup masuk, melaksanakan rancangan dengan sempurna dan memusnahkan kenderaan tersebut. Kami bertakbir.

Api semakin marak membakar kenderaan itu sehingga cair dan dapat dilihat dengan jelas.

Arahan kepadanya ialah melaksanakan serangan dan segera berundur.

Namun ketika dia dalam perjalanan pulang, kami menyedari kehadiran pasukan khas musuh. Kami segera mengubah kedudukan.

Dia hilang daripada pandangan kami seketika. Tidak lama kemudian, kami melihatnya dari jauh menukar haluan dan bergerak ke arah pasukan khas itu.

Kami hairan, “Apa yang dia lakukan?”

Rupanya dia melancarkan serangan ke atas pasukan khas tersebut untuk melindungi laluan keluar kami dan mengalih perhatian musuh.

Kami berundur dengan selamat, namun kami terputus hubungan dengannya.

Selepas tiga hari, setelah tentera musuh berundur, kami kembali ke kawasan itu.

Kami mendapatinya telah gugur syahid dan jasadnya masih lembut seolah-olah baru sahaja syahid.

Kami mengangkat dan mengebumikannya sementara di celah-celah rumah yang musnahvdengan niat untuk memindahkannya ke tempat lain apabila keadaan lebih selamat.

Lebih sebulan kemudian, kami kembali dengan penuh risiko untuk memindahkan jenazahnya.

Demi Allah, ketika kami membuka kuburnya, keadaannya seolah-olah baru dikebumikan dan jasadnya masih mengalirkan darah.

Kami menangis dan berkata:
“Allah Maha Benar dan Allah membenarkan hamba-Nya.”

Pemuda ini baru berusia 19 tahun.
Semoga Allah merahmatinya dan menerima kesyahidnya.

Inilah Gaza yang kamu kenal dan yang kamu belum kenal.

Inilah keteguhan Ribath Asqalan.

Ahmad Muntaha Zainal Bahrin
Penyelidik Dunia PaIestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaza sambut Ramadan dengan 312 imam syahid, 1,000 masjid musnah

Next Post

Pemimpin Hamas hargai usaha Dunia Palestin angkat naratif muqawamah

Related Posts