Pemimpin Hamas hargai usaha Dunia Palestin angkat naratif muqawamah

Pemimpin kanan Hamas merakamkan penghargaan kepada Dunia Palestin atas usaha menterjemah dan menerbitkan risalah Hamas bertajuk “Naratif Kami.. Taufan al-Aqsa.. Dua Tahun Keteguhan dan Tekad Pembebasan” ke dalam bahasa Melayu.

Ketua Biro Hubungan Dunia Arab dan Islam Hamas, Dr. Basem Naim berkata terjemahan itu penting bagi memastikan naratif Palestin dan muqawamah terus berada di lapangan dan sampai kepada masyarakat antarabangsa, khususnya di Asia Tenggara.

Menurut beliau, Taufan al-Aqsa merupakan titik pemisah dalam sejarah umat Islam dan isu Palestin, yang menyaksikan keteguhan rakyat Palestin berdepan genosid Zionis, penolakan pengusiran serta mempertahankan hak kebebasan, kemerdekaan dan kepulangan ke tanah air mereka.

Beliau menegaskan bahawa sepanjang dua tahun jenayah genosid yang didakwa dilakukan oleh entiti Zionis dengan sokongan Amerika Syarikat dan Barat, naratif Palestin kekal jelas dan konsisten, sekali gus mencabar propaganda media yang menurutnya cuba membentuk persepsi dunia secara tidak adil.

Dr. Basem turut menyifatkan usaha Dunia Palestin sebagai langkah penting dalam menyampaikan suara Palestin kepada khalayak lebih luas, selain memperkukuh solidariti masyarakat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Dalam kenyataan sama, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas pendirian solidariti yang disifatkan sebagai teguh dan bermaruah dalam berdepan jenayah genosid Zionis, serta menyeru agar usaha dan tekanan politik terus dipertingkatkan.

Kenyataan penuh Dr. Basem Naim boleh dibaca dalam e-buku Naratif Hamas: Dua Tahun Keteguhan Taufan al-Aqsa terbitan Dunia Palestin dan boleh didapati melalui portal duniapalestin.com. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kisah pejuang muqawamah dalam pertempuran Shuja’iyyah

Next Post

Pelan Trump menyerupai genosid penstrukturan semula institusi

Related Posts