Hamas: Penjajahan Zionis punca utama konflik di rantau Asia Barat

Hamas menegaskan bahawa penjajahan Zionis di Palestin merupakan punca utama konflik yang berlarutan di rantau Asia Barat sejak lebih tujuh dekad lalu.

Dalam kenyataan sempena ulang tahun ke-78 Nakbah pada Jumaat, Hamas berkata jenayah, pencerobohan dan dasar penindasan Israel terhadap rakyat Palestin terus menjadi faktor utama ketidakstabilan di rantau itu.

“Hamas menegaskan bahawa punca utama konflik di rantau ini ialah kewujudan penjajahan Zionis di bumi Palestin,” menurut kenyataan tersebut.

Gerakan itu turut menyifatkan sokongan serta sikap berat sebelah sesetengah negara terhadap Israel sebagai kegagalan moral, selain mengkritik amalan dwistandard dalam menangani isu Palestin.

Hamas menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan terhadap Israel dengan menghentikan serangan dan keganasan terhadap rakyat Palestin, selain menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan menubuhkan negara merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Menurut Hamas, kerajaan Israel terus meningkatkan serangan di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis melalui pengeboman, pemindahan paksa penduduk Palestin, peluasan penempatan haram Yahudi dan pencerobohan ke Masjid al-Aqsa.

Hamas turut menegaskan bahawa usaha untuk menghapuskan perjuangan Palestin dan melemahkan penentangan rakyat Palestin tidak akan berjaya kerana rakyat Palestin akan terus mempertahankan tanah dan hak mereka. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Janji pertahan Masjid al-Aqsa kekal dalam agenda perjuangan

Related Posts