Hamas: Janji pertahan Masjid al-Aqsa kekal dalam agenda perjuangan

Hamas menegaskan bahawa mereka akan terus berpegang teguh kepada janji mempertahankan Masjid al-Aqsa dalam agenda perjuangannya serta melindungi rakyat Palestin, tanah air dan tempat-tempat suci Islam daripada ancaman penjajah Zionis.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Hamas berkata pencerobohan berterusan oleh pendatang haram Israel, termasuk serbuan serta perarakan bendera di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, merupakan cubaan gagal untuk mengubah identiti tanah suci Palestin.

“Hamas menegaskan bahawa tanah Palestin akan terus kekal sebagai bumi Palestin, Arab dan Islam walau sejauh mana penjajah meneruskan kezaliman serta rancangan peyahudian mereka,” menurut kenyataan itu.

Menurut Hamas, tindakan Israel meningkatkan sekatan, serbuan dan tekanan terhadap penduduk Baitulmaqdis serta para murabitun tidak akan berjaya menghapuskan kedudukan dan simbolik Masjid al-Aqsa dalam jiwa rakyat Palestin dan umat Islam.

“Hamas menegaskan bahawa semua tindakan itu hanya akan menambahkan lagi keteguhan rakyat Palestin untuk terus bertahan dan menentang penjajahan,” katanya.

Gerakan itu turut menegaskan bahawa perjuangan mempertahankan Masjid al-Aqsa akan diteruskan walau berdepan pengorbanan besar dan peningkatan serangan oleh Israel.

Dalam kenyataan sama, Hamas menyeru negara-negara Arab dan Islam serta masyarakat antarabangsa supaya memikul tanggungjawab bagi menghentikan pencerobohan berterusan terhadap Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Mereka juga menggesa tekanan dikenakan terhadap Israel di pelbagai peringkat bagi menggagalkan rancangan penjajahan dan pengyahudian di wilayah berkenaan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ummu Osama: Kami korbankan anak kami sebelum anak rakyat Palestin

Next Post

Hamas: Penjajahan Zionis punca utama konflik di rantau Asia Barat

Related Posts