Hamas hantar maklum balas terhadap pelan gencatan senjata Gaza

Pengantara Qatar dan Mesir memaklumkan bahawa Hamas telah menjawab cadangan yang disokong Amerika Syarikat (AS) untuk gencatan senjata Gaza dan pertukaran tawanan dengan beberapa komentar berkenaan pelan itu.

Hamas dan kumpulan Jihad Islam (PIJ) dalam satu kenyataan bersama pada Selasa berkata, mereka bersedia untuk berurusan secara positif untuk mencapai persetujuan.

Kata kenyataan itu, ia adalah keutamaan Hamas dan PIJ dalam usaha menghentikan sepenuhnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

Dalam pada itu, jurucakap Keselamatan Negara White House John Kirby berkata AS juga sudah menerima dan sedang menilai maklum balas berkenaan.

Menurut laporan Al Jazeera, maklum balas dari pemimpin Hamas dan PIJ itu disampaikan bersekali dengan pindaan.

Pindaan itu termasuk penarikan tentera sepenuhnya dari seluruh Semenanjung Gaza, termasuk lintasan Rafah dan Koridor Philadelphi. – Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Majlis Keselamatan PBB lulus rancangan gencatan senjata Israel-Gaza oleh AS

Next Post

Malaysia, AS setuju keutamaan gencatan senjata di Gaza

Related Posts