Hamas: Gencatan senjata Biden hanya ‘cakap kosong’

Pegawai kanan Hamas berkata perjanjian gencatan senjata Gaza diusulkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ‘hanya cakap kosong’ kerana pergerakan itu tidak menerima sebarang komitmen bertulis berkaitan tindakan berkenaan.

Minggu lalu, Biden membentangkan apa yang disifatkannya sebagai rancangan tiga fasa yang akan menamatkan konflik, membebaskan semua tebusan dan membawa kepada pembinaan semula wilayah Palestin yang musnah tanpa kawalan Hamas.

Sebaliknya, pegawai Hamas yang berpangkalan di Beirut, Osama Hamdan, berkata tiada tindakan dilaksanakan, sebaliknya hanya cakap kosong.

“Setakat ini, Amerika tidak membentangkan apa-apa yang didokumenkan atau bertulis yang mengikat mereka dengan apa yang Biden katakan dalam ucapannya.

“Biden hanya cuba menutup penolakan penjajah Zionis terhadap perjanjian lain yang ditawarkan pada awal Mei yang diluluskan Hamas,” katanya.

Beliau berkata, Hamas bersedia menerima sebarang perjanjian yang memenuhi tuntutan teras pergerakannya iaitu gencatan senjata kekal di Gaza dan pengunduran sepenuhnya tentera penjajah Zionis dari wilayah itu.

AS kemudian mendesak Hamas menerima perjanjian itu dan berkata ia sedang menunggu jawapan.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, pihaknya berpendapat perjanjian itu harus menjadi keutamaan segera untuk mendapatkan gencatan senjata bagi meringankan penderitaan yang berlaku setiap hari di Gaza.

“Jadi kami berharap maklum balas daripada Hamas secepat mungkin dan kami terus menunggu,” katanya.

Tidak lama selepas Biden mendedahkan rancangan itu, Perdana Menteri negara haram ‘Israel’, Benjamin Netanyahu berkata pelan itu hanya “separa”. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PBB senarai hitam Israel sebagai penjenayah global terhadap kanak-kanak

Next Post

Abu Ubaidah: Israel membunuh tiga tahanan dalam ‘operasi menyelamat’

Related Posts