Hamas: Gencatan senjata di Gaza tiada makna selagi Israel membunuh

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem pada Sabtu menegaskan bahawa perbincangan mengenai gencatan senjata di Gaza adalah tidak bermakna selagi penjajah Israel terus melakukan pembunuhan dan kemusnahan di seluruh Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, Qassem berkata kerajaan penjajah yang bersifat ekstremis itu, melalui peningkatan serangan berterusan, jelas mengabaikan usaha para pengantara serta pentadbiran Amerika Syarikat, menjejaskan semua seruan untuk melaksanakan perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

Beliau turut menggesa semua pihak berkaitan supaya memberikan tekanan yang serius terhadap pihak penjajah bagi memudahkan kemasukan Jawatankuasa Pentadbiran Gaza dan membolehkannya memulakan tugas kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestin di wilayah itu.

Menurutnya, kegagalan memastikan akses kemanusiaan dan pentadbiran ke Gaza hanya akan memburukkan lagi penderitaan penduduk awam yang terus menjadi mangsa keganasan berterusan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel membedil kawasan di seluruh Gaza walaupun gencatan senjata

Next Post

Meshaal: Selagi wujud penjajahan, maka akan wujud muqawamah

Related Posts