UNICEF di Palestin menyatakan bahawa 90 peratus sekolah di Gaza telah dimusnahkan akibat perang genosid, sambil memberi amaran mengenai kesan jangka panjang terhadap keseluruhan satu generasi kanak-kanak.
Bercakap kepada Al Jazeera, jurucakap UNICEF berkata 638,000 kanak-kanak di Gaza telah kehilangan akses kepada pendidikan secara langsung akibat perang genosid Israel.
“Kehadiran bahan letupan yang tidak meletup merupakan ancaman besar terhadap usaha untuk menyambung semula persekolahan di Gaza,” kata jurucakap berkenaan.
UNICEF turut menyatakan bahawa cabaran paling serius sejak bermulanya perang pada Oktober 2023 ialah penghentian sepenuhnya kemasukan bahan-bahan pendidikan ke Gaza.
Agensi itu memberi amaran bahawa walaupun sekolah-sekolah dibaiki, ketiadaan bekalan asas akan menjadikan pembukaan semula bilik darjah hampir mustahil. – Dunia Palestin