Hamas dakwa New York Times putar belit temu bual Abu Marzouk

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin, Hamas menyatakan bahawa kenyataan yang dikaitkan dengan ketua pejabat hubungan antarabangsa mereka, Mousa Abu Marzouk baru-baru ini adalah tidak tepat dan telah diambil di luar konteks, lapor Pusat Maklumat Palestin.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Hamas menjelaskan bahawa temu bual dengan Abu Marzouk yang diterbitkan oleh New York Times beberapa hari lalu tidak mengandungi jawapannya secara penuh, dan kenyataannya telah dipetik di luar konteks. Oleh itu, laporan tersebut tidak menyampaikan makna sebenar apa yang beliau katakan.

Menurut Hamas, Abu Marzouk menegaskan bahawa serbuan rentas sempadan pada 7 Oktober mencerminkan hak sah rakyat Palestin untuk menolak dan menentang kepungan, penjajahan serta peluasan penempatan Israel. Beliau juga menekankan bahawa rejim penjajah Israel telah melakukan jenayah perang yang mengerikan dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Abu Marzouk memberitahu New York Times bahawa Hamas tidak akan melepaskan pendiriannya serta hak rakyatnya untuk menggunakan semua bentuk perjuangan, termasuk perjuangan bersenjata, bagi menentang pendudukan Israel dan membebaskan Palestin.

“Senjata gerakan pejuang adalah milik rakyat kami dan tujuannya adalah untuk melindungi rakyat serta tempat-tempat suci kami, maka tidak dibenarkan untuk meninggalkannya atau menyerahkannya selagi penjajah [Israel] masih wujud di tanah kami,” kata pegawai Hamas itu kepada akhbar berkenaan. – Middle East Monitor

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Israel akan bebaskan 620 tahanan selepas penangguhan

Next Post

Ibu di Gaza sedih pembebasan anaknya ditangguhkan

Related Posts