Hamas gesa AS tekan Israel capai perjanjian gencatan senjata

Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa Amerika Syarikat (AS) memberikan tekanan kepada Israel bagi mencapai perjanjian gencatan senjata susulan dakwaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bahawa tiada perjanjian ketika ini.

“Jika pentadbiran AS dan Presidennya, Joe Biden benar-benar mahu mencapai gencatan senjata dan menyelesaikan perjanjian pertukaran tahanan, mereka mesti menghentikan sokongan terhadap pendudukan Zionis,” kata perunding utama Hamas yang berpangkalan di Qatar Khalil al-Hayya.

Sebaliknya Netanyahu memberitahu rancangan bual bicara AS Fox & Friends: “Tiada perjanjian ketika ini… Malangnya, ia tidak berlaku..Kita akan berusaha menghalang Iran daripada membekalkan semula kepada Gaza.”

Netanyahu menegaskan bahawa Israel mesti mengekalkan kawalan ke atas Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Mesir-Gaza untuk menghalang penyeludupan senjata ke Hamas.

Hamas menuntut pengunduran sepenuhnya Israel dari kawasan itu dan berkata, kenyataan Netanyahu bertujuan menggagalkan persetujuan.

Kumpulan pejuang Palestin berkata, perjanjian baharu tidak diperlukan kerana mereka telah pun bersetuju beberapa bulan lalu dengan gencatan senjata yang dinyatakan oleh Biden.

“Kami tidak memerlukan cadangan baharu.

“Kami memberi amaran agar tidak terjerumus dalam perangkap Netanyahu.. yang menggunakan rundingan untuk memanjangkan pencerobohan terhadap rakyat kami,” kata Hamas. 

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby bagaimanapun berkata, Washington percaya perjanjian gencatan senjata sudah 90 peratus dipersetujui. – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada terowong Hamas ditemui di sepanjang Koridor Philadelphi

Next Post

Warga Palestin: Terima kasih Malaysia atas bantuan, sokongan diberikan

Related Posts