Pengiktirafan dunia terhadap Palestin adalah hasil keteguhan rakyat Gaza

Pengiktirafan antarabangsa terhadap negara Palestin merupakan hasil langsung daripada operasi Taufan 7 Oktober serta pengorbanan dan keteguhan rakyat Gaza, bukan hasil Perjanjian Oslo, proses normalisasi atau Perjanjian Abraham, kata Setiausaha Agung Forum Dunia Islam, Dr Abdul Razzaq al-Maqri.

Beliau berkata pencapaian itu lahir daripada keberanian pejuang Palestin yang berjaya memecahkan naratif Zionis serta mengubah pandangan dunia terhadap penjajahan Israel.

“Sekalipun rakyat Palestin dan penyokong mereka membelanjakan trilion dolar dalam media, pendidikan dan perhubungan awam, ia tidak mungkin menghasilkan kejayaan sebegini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Pihak Berkuasa Palestin dan negara-negara Arab seharusnya mengiktiraf sumbangan rakyat Gaza serta memberi sokongan kepada gerakan pejuang, kerana itu adalah tuntutan keadilan dan mencerminkan keberanian mereka.

Bagaimanapun, Abdul Razzaq berpandangan ada pihak yang mungkin cuba menggunakan pencapaian ini untuk menamatkan perjuangan Hamas, sedangkan punca sebenar penentangan adalah penjajahan Israel.

“Penentangan wujud sebelum Fatah, diteruskan oleh Fatah, kemudian Hamas, dan akan terus hidup sehingga tercapai pembebasan,” katanya.

Beliau menambah bahawa slogan pembebasan seluruh Palestin, yang suatu ketika dahulu dilarang, kini semakin lantang disuarakan oleh pejuang kebebasan di seluruh dunia, termasuk aktivis yang menyertai misi kemanusiaan flotila menuju Gaza.

“Bangsa Arab, Islam dan umat di seluruh dunia akan tetap bersama dalam perjuangan membebaskan Palestin,” katanya sambil menegaskan bahawa kepimpinan Zionis tidak akan mengiktiraf pencapaian ini. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kapal hospital Libya mula belayar untuk menyertai flotila ke Gaza

Next Post

Hamas bidas tuduhan Trump berkaitan gencatan senjata

Related Posts