Membekalkan senjata kepada pejuang Palestin adalah kewajipan

Bekas Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Dr. Ahmad al-Raissouni menegaskan bahawa membekalkan senjata kepada Palestin kini menjadi kewajipan utama negara-negara Arab susulan kegagalan Perjanjian Pertahanan Bersama Arab yang termeterai sejak 1950.

Beliau berkata meskipun dunia Arab memiliki jutaan anggota tentera dan timbunan senjata, perjanjian itu tidak bermakna apabila tidak pernah digerakkan walaupun ketika beberapa negara Arab, termasuk Palestin berulang kali menjadi sasaran serangan ketenteraan.

“Sudah tiba masanya untuk ‘menyerahkan senjata’, iaitu menyerahkan senjata yang sia-sia dan tidak digunakan kepada para pejuang dan mujahidin, yang mempertahankan tanah air, tempat suci, dan hak-hak yang dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut al-Raissouni, rakyat membiayai pembelian senjata untuk mempertahankan wilayah, hak dan maruah mereka, justeru kerajaan Arab wajib menggunakannya untuk tujuan sebenar atau menyerahkannya kepada pihak pejuang.

“Lebih parah dan menyedihkan lagi, kini ada negara Arab yang turut serta bersama Israel dan Amerika menuntut agar pihak pejuang Palestin dan Lubnan menyerahkan senjata mereka, malah terlibat secara langsung dalam melaksanakan pengkhianatan besar ini,” katanya.

Al-Raissouni turut menegaskan bahawa menyerahkan senjata kepada pejuang Palestin adalah penyerahan yang sah di sisi syarak, selaras dengan perintah Allah SWT, bukan pelucutan senjata seperti yang diminta oleh pihak musuh. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Al Jazeera: Pembunuhan wartawan usaha membisukan penjajahan Gaza

Next Post

Hamas menang pilihanraya secara demokratik, kerajaan de facto di Gaza

Related Posts