Mufti Oman gesa pejuang Palestin terus teguh, tidak menyerahkan senjata

Mufti Kesultanan Oman, Syeikh Ahmad bin Hamad al-Khalili menegaskan bahawa para pejuang Palestin di Gaza tidak seharusnya menyerahkan senjata mereka walau dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan segelintir pihak dari kalangan umat Islam sendiri yang menyeru agar pejuang Gaza meletakkan senjata, meskipun wilayah itu sedang dikepung sepenuhnya dan terus menjadi sasaran serangan rejim Zionis.

“Sungguh menghairankan dalam keadaan penduduk Gaza dikepung oleh musuh dari setiap arah, dan musuh tidak henti-henti menyerang mereka dengan pelbagai jenis senjata pemusnah, di samping memutuskan bekalan makanan dan ubat-ubatan, kita masih mendengar suara-suara dari kalangan saudara seagama yang meminta mereka menyerahkan senjata mereka,” katanya menerusi kenyataan di platform X.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar para pejuang tidak tunduk kepada tekanan tersebut dan terus berpegang teguh dengan ajaran al-Quran serta bersabar dalam menghadapi ujian.

“Saya menasihati para pejuang agar tidak mengalah dalam hal ini. Jangan sekali-kali mereka menyerahkan senjata mereka,” tegasnya.

Mufti al-Khalili merupakan antara tokoh ulama tersohor di dunia Islam yang lantang menyuarakan pendirian tegas terhadap perjuangan Palestin, terutamanya sejak tercetusnya Perang al-Aqsa pada Oktober tahun lalu. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Netanyahu putuskan untuk menjajah sepenuhnya Semenanjung Gaza

Next Post

HIKAM gesa kerajaan Malaysia tolak Deklarasi New York berkaitan Palestin

Related Posts