Netanyahu: Iran lakukan ‘kesilapan besar’ serang Israel

Benjamin Netanyahu

Benjamin Netanyahu menyelar tindakan Iran menyerang Israel dengan melancarkan peluru berpandu balistik pada Selasa malam.

Perdana Menteri Israel itu berpendapat, Iran melakukan ‘kesilapan besar’ dan ‘akan membayar’ tindakan itu.

Bercakap semasa pembukaan mesyuarat Kabinet, Netanyahu berkata, Iran ‘tidak memahami’ tekad negaranya untuk membalas serangan terhadap musuhnya.

“Mereka (Iran) akan faham.

“Kami akan mematuhi peraturan yang kami tetapkan: sesiapa yang menyerang kami – kami akan menyerang” mereka,” ikrar Netanyahu.

Pada Selasa, Iran dilaporkan melancarkan 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap serangan zionis terhadap sekutunya, Hizbullah di Lubnan.

Biden tegaskan sokongan penuh ke atas Israel

Presiden Joe Biden tegaskan pentadbiran Washington menyokong penuh Israel.

Kenyataan dibuat selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menggagalkan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.

Biden kini dalam rundingan dengan pemimpin tertingginya mengenai tindak balas sesuai dilaksanakan ke atas Tehran.

Joe Biden

“Amerika Syarikat menyokong penuh Israel. Saya baru sahaja menghabiskan pagi dan sebahagian daripada petang di bilik situasi, bertemu dengan seluruh pasukan keselamatan negara saya dan berunding terus dengan pihak Israel, kerana kesannya terhadap kita.

“Pasukan keselamatan negara saya sentiasa berhubung dengan pegawai Israel, dengan rakan sejawat mereka,” katanya.

Israel sebelum ini mendakwa berjaya memintas sebahagian besar peluru berpandu dilancarkan Iran, sementara tentera AS memaklumkan kapal pemusnah turut membantu Israel.

Biden juga dilaporkan mengarahkan tenteranya menghantar semua sumber ke rantau itu.

Sementara itu AS menyeru semua negara mengecam serangan Iran ke atas Israel.

Ini selepas republik itu melancarkan serangan peluru balistik bertubi-tubi ke atas rejim Tel Aviv.

Washington menyifatkan serangan itu sebagai tidak boleh diterima.

Menurut jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller, setakat ini tiada sebarang maklumat diperoleh mengenai kerosakan fasiliti AS dalam serangan itu.

Miller juga mengesahkan tiada sebarang amaran dikeluarkan Iran sebelum melancarkan serangan tersebut. – Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Harga minyak melonjak susulan serangan Iran terhadap Israel

Next Post

Iran guna peluru berpandu hipersonik ciptaan sendiri, Fattah 1 serang Israel

Related Posts