Hizbullah berjaya jatuhkan dron Israel

Asap hitam memenuhi ruang angkasa Beirut di selatan Lubnan selepas tentera Israel menyerang sasaran cawangan institusi kewangan dikaitkan dengan Hizbullah. – Foto REUTERS

Hizbullah menyatakan berjaya menembak dan menjatuhkan dron Israel selepas serangan yang disasarkan terhadap cawangan sebuah institusi kewangan yang berkaitan dengan kumpulan pejuang berkenaan.

Pejuang Hizbullah dari “unit pertahanan udara” kumpulan itu… menjatuhkan dron Hermes 450 Israel,” kata kumpulan bersenjata itu.

Agensi Berita Nasional rasmi melaporkan pengeboman Israel itu membabitkan kawasan selatan Lubnan, beirut dan Lembah Bekaa di timur.

Ratusan penduduk Beirut melarikan diri dari rumah mereka lewat malam Ahad dengan beberapa letupan kedengaran di seluruh ibu kota Lubnan.

Asap yang berkepul berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut-Rafic Al Hariri selepas serangan Israel di Baabda, Lubnan. – Foto REUTERS

Israel terus-terusan menyerang lokasi yang dikaitkan dengan operasi kewangan kumpulan Hizbullah Lubnan dan memberitahu orang ramai supaya segera meninggalkan kawasan berkenaan.

Saksi memberitahu melihat kepulan asap hitam tebal menjulang ke udara selepas sekurang-kurangnya 10 letupan.

Saksi mendedahkan sebuah bangunan yang terletak di kawasan kejiranan Chiyah di pinggir selatan Beirut musnah, namun tiada sebarang korban jiwa.

Tiada maklumat lanjut berhubung punca letupan, atau butiran lanjut mereka yang terkorban.

Orang ramai yang panik memenuhi jalan-jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa laluan di Beirut ketika penduduk berpusu-pusu melarikan diri ke kawasan selamat. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Siapa sebenarnya pemimpin Hamas, Yahya Sinwar?

Next Post

Israel sasar serang rangkaian kewangan Hezbollah

Related Posts