Pendakwa Raya ICC sedang menyediakan waran tangkap Smotrich dan Ben Gvir

Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan dilaporkan sedang menyediakan waran tangkap antarabangsa terhadap Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich dan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir sebelum beliau bercuti atas sebab pentadbiran berikutan siasatan yang sedang dijalankan terhadap dirinya, lapor The Wall Street Journal pada Selasa.

Menurut laporan itu, waran tangkap tersebut berkaitan penglibatan dua menteri ekstremis Israel itu dalam perluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Memetik pegawai semasa dan bekas pegawai ICC, akhbar itu turut melaporkan bahawa keputusan tersebut telah diserahkan kepada timbalan-timbalan Khan, namun tidak jelas bagaimana mereka akan meneruskannya.

ICC juga dilaporkan sedang menyiasat beberapa lagi pegawai Israel yang tidak dinamakan, selain Ben Gvir dan Smotrich, berhubung penglibatan mereka dalam perluasan penempatan. – Middle East Monitor

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perang Perisikan Hamas terhadap Israel

Next Post

Hari ke-605: Al-Qassam tumpaskan pasukan Zionis, Yaman serang Tel Aviv

Related Posts