AS kenakan sekatan baharu terhadap pemimpin Hamas, Al-Qassam

Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengumumkan sekatan baharu terhadap enam pemimpin kanan Hamas dalam usaha menambah tekanan ke atas pergerakan itu.

Langkah tersebut, menurut laporan Al Jazeera, menyasarkan tokoh penting dalam organisasi tersebut, termasuk seorang anggota sayap ketenteraan Briged Al-Qassam dan individu yang memainkan peranan utama dalam pembiayaan serta persenjataan Hamas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Jabatan Perbendaharaan AS menyebut bahawa antara individu yang dikenakan sekatan ialah Abdul Rahman Ismail Ghanimat, seorang tokoh veteran Briged Al-Qassam yang kini dilaporkan berada di Turki. Ghanimat didakwa terlibat dalam beberapa serangan besar.

Selain Ghanimat, sekatan turut melibatkan tokoh lain seperti Basim Naeem, Gazi Hamad, Musa Akkari, Salamah Mari, dan Muhammad Nazzal. Mereka dikenal pasti sebagai wakil Hamas di luar negara serta individu yang terlibat dalam penyelarasan penghantaran dana dan barangan ke Gaza.

Pemangku Setiausaha Jabatan Perbendaharaan bagi Hal Ehwal Keganasan dan Perisikan Kewangan, Bradley Smith, mendakwa bahawa Hamas terus bergantung kepada individu yang berperanan menyokong imej awam organisasi tersebut tetapi turut memfasilitasi aktiviti keganasan.

Smith turut menegaskan bahawa sekatan ini bertujuan untuk memutuskan sumber kewangan dan logistik Hamas bagi menyekat operasi kumpulan itu.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada maklum balas rasmi daripada pihak Hamas berhubung sekatan tersebut.

Langkah ini mencerminkan usaha berterusan Washington untuk mengekang pengaruh Hamas di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam konteks konflik di Gaza yang semakin tegang. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apakah yang mendorong dakwaan Hamas sedang berpindah ke Türkiye?

Next Post

Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api

Related Posts