Mereka tak mahu tinggalkan Palestin, rela mati di tanah air sendiri

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk diberikan rawatan kesihatan tidak mahu meninggalkan tanah air mereka, sebaliknya rela mati di tanah air mereka sendiri.

Beliau berkata, Malaysia terpaksa berbincang dengan pemimpin di Palestin untuk membawa mereka keluar, berikutan kapasiti fasiliti rawatan Hospital Medan di Mesir sudah penuh.

“Mereka (rakyat Palestin) tak mahu keluar. Mereka rela mati di tanah air sendiri. Bagi mereka, nak mati, matilah di tanah air sendiri.

“Saya bincang dengan pemimpin Palestin (untuk urusan bawa keluar ke Malaysia), tetapi mereka (pada awalnya) tak mahu pergi (keluar) walaupun ke Jordan (negara sempadan),” katanya pada sidang media selepas merasmikan perhimpunan sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di sini, malam ini.

Justeru, Mohamad berkata, sebaik selesai rawatan perubatan mereka di sini, kumpulan rakyat Palestin itu akan dihantar pulang semula ke sana.

“Kita janji (dengan mereka), kita bawa untuk beri sedikit bantuan dan kita (janji) mesti hantar mereka balik semula. Sebagai masyarakat antarabangsa dan negara yang prihatin, kita mempunyai hati dan perasaan,” katanya.

Beliau berkata, usaha yang dibuat Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Mesir itu adalah untuk membantu meringankan penderitaan dihadapi rakyat Palestin khususnya di Gaza.

“Jangan risau (dakwaan di) negeri tertentu, kita akan hantar mereka (pulang) semula,” katanya menjawab dakwaan pihak tertentu kononnya rakyat Palestin yang dirawat di Malaysia ketika ini akan terus menetap di sini sebagai pelarian.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, buat masa ini, belum ada cadangan misi kumpulan kedua membabitkan rakyat Palestin akan dibawa masuk mendapatkan rawatan di sini.

Katanya, sebarang perkembangan mengenai misi baharu akan dirundingkan dengan Mesir.

Jumaat lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang, Selangor.

Ketibaan meraia dengan menaiki dua pesawat A-400M TUDM yang selamat mendarat, kira-kira jam 2.15 petang disambut Mohamad Khaled, sebelum dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kelab Perwira agih bantuan 50,000 keping roti di utara Gaza

Next Post

Kisah bagaimana Abu Ubaidah menjadi Jurucakap Al-Qassam

Related Posts