Trump akui beri senjata, puji jenayah genosid Netanyahu di Knesset

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara terbuka mengakui bahawa dia telah membekalkan senjata kepada Israel dan memuji Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana telah menggunakan senjata tersebut “dengan baik” dalam jenayah genosid Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Berucap di Knesset Israel pada 13 Oktober 2025, Trump mendedahkan bahawa Netanyahu sering menghubunginya untuk meminta pelbagai jenis senjata, termasuk yang belum pernah dihasilkan sebelum ini.

“Bibi (Netanyahu) sering menelefon saya, ‘bolehkah kamu dapatkan senjata ini, senjata itu, senjata ini?’ Ada yang saya sendiri tidak pernah dengar, Bibi, dan saya hasilkan juga. Tetapi kami pastikan ia sampai ke sini (Israel), betul kan? Dan senjata-senjata itu memang yang terbaik,” katanya.

Trump kemudian memuji kemampuan Israel menggunakan senjata tersebut dengan berkesan, sambil menyifatkan kekuatan tentera rejim penjajah itu sebagai faktor utama yang membawa kepada “keamanan”.

“Anda menggunakannya (senjata Amerika) ‘dengan baik’. Ia memerlukan orang yang tahu bagaimana menggunakannya, dan anda jelas tahu melakukannya. Israel menjadi kuat dan berkuasa, dan itulah yang akhirnya membawa kepada keamanan,” katanya disambut tepukan hadirin.

Dalam insiden berasingan semasa ucapan tersebut, dua ahli Knesset Israel iaitu Ayman Odeh dan Ofer Cassif dari Parti Hadash (Barisan Demokratik untuk Keamanan dan Kesamarataan), bertindak mengangkat plakad dan melaungkan slogan mengecam genosid Israel di Gaza sebelum diusir keluar dari dewan Knesset.

Rakaman video menunjukkan kedua-dua mereka diiring keluar oleh pengawal keselamatan selepas melaungkan seruan menentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mahmoud Issa: Penghulu tahanan yang dibebaskan selepas 32 tahun

Next Post

Mahmoud Al-‘Ardah: Pemimpin Operasi Terowong Kebebasan

Related Posts