AS belanja $22.76 bilion sokong Israel, perangi Houthi di Yaman

Amerika Syarikat (AS) membelanjakan $22.76 bilion (RM97.59 bilion) untuk menyokong perang Israel di Gaza dan operasi menentang puak Houthi di Yaman, menurut laporan oleh Institut Watson, Universiti Brown.

Menurut laporan itu, bantuan ketenteraan sebanyak $17.9 bilion (RM76.7 bilion) kepada Israel sejak perang di Gaza bermula setahun lalu adalah jumlah tahunan tertinggi yang pernah dicatatkan.

Bantuan kepada Israel adalah gabungan pembiayaan ketenteraan, penjualan senjata, dan pemindahan stok senjata AS, menurut laporan yang juga sebahagian daripada projek “Costs of War” institut berkenaan.

Laporan itu menyebut, sebahagian besar persenjataan yang dihantar oleh AS adalah peluru, termasuk peluru artileri dan bom seberat 907 kilogram (kg).

Menurut penyelidik dari Universiti Brown, pembiayaan untuk Israel berbeza dengan bantuan ketenteraan AS yang didokumenkan secara terbuka kepada Ukraine, yang mana butiran mengenai beberapa penghantaran bantuan ketenteraan AS kepada Israel sukar diperolehi, yang mana angka $17.9 bilion (RM76.7 bilion) bukanlah butiran yang lengkap berhubung bantuan sebenar AS kepada negara itu.

Laporan itu menyatakan pentadbiran Presiden AS Joe Biden untuk ‘menyembunyikan’ jumlah penuh bantuan dan jenis sistem melalui manuver birokrasi.

“Israel, sekutu terkuat AS di Asia Barat, adalah penerima bantuan ketenteraan AS terbesar dalam sejarah, dengan jumlah $251.2 bilion (RM1.07 trilion) sejak 1959.

“Namun, $17.9 bilion (RM76.7 bilion) yang dibelanjakan sejak 7 Oktober 2023, adalah jumlah bantuan ketenteraan terbesar yang dihantar ke Israel dalam satu tahun.

Selain bantuan kepada Israel, AS juga telah membelanjakan $4.86 bilion (RM20.83 bilion) untuk operasi di Yaman dan tempat lain di Asia Barat.

AS, bersama United Kingdom, melancarkan serangan udara ke atas kedudukan Houthi di Yaman sejak Januari lalu selepas kumpulan pemberontak itu mula menyerang penghantaran kapal di perairan sekitar negara berkenaan.

Puak Houthi mendakwa serangan itu menyasarkan penghantaran yang dikaitkan dengan Israel, dan sebagai sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Pembiayaan untuk perang Israel semakin memecah belah rakyat AS disebabkan oleh peningkatan jumlah kematian orang awam di Gaza dan Lubnan, dengan pakar senjata menunjukkan bahawa peluru yang dibiayai oleh AS kemungkinan digunakan oleh tentera Israel untuk menyerang khemah pelarian dan sekolah-sekolah.

Pada Julai lalu, 12 bekas pegawai kerajaan AS memberi amaran bahawa penghantaran senjata AS ke Israel menjadikan negara itu bersubahat dalam pemusnahan Gaza.

“Perlindungan diplomatik AS, dan aliran berterusan senjata ke Israel, sudah tentu menyebabkan negara kita terbabit secara langsung dan tidak dapat dinafikan bersubahat dalam pembunuhan dan menyebabkan kelaparan kepada penduduk Palestin yang terkepung di Gaza,” kata pegawai-pegawai itu, termasuk bekas anggota Jabatan Negara AS dan tentera, dalam kenyataan bersama.

Presiden AS, Joe Biden dilihat kini sudah mula menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Israel dan secara perlahan-lahan mulai Mei lalu menghentikan penghantaran beberapa bom berat kepada negara itu,

Namun, Biden tetap menyokong usaha perang Israel dan menolak untuk meletakkan syarat pada bantuan ketenteraan AS kepada negara itu.

“Tiada pentadbiran yang membantu Israel lebih daripada apa yang saya buat,” kata presiden AS itu pada 4 Oktober lalu. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Abu Ubaidah seru sokongan antarabangsa yang lebih besar

Next Post

Setahun genosid Gaza: Naratif yang tidak seimbang

Related Posts