Serangan udara Israel di Lubnan bunuh hampir 500 mangsa

Kenderaan bergerak di sepanjang lebuh raya yang sesak di pintu masuk selatan ke Beirut susulan operasi pengeboman tentera Israel. – Foto AFP

Pihak berkuasa Lubnan berkata serangan udara tentera Israel menyasarkan pangkalan Hizbullah di Lubnan semalam, membunuh hampir 500 orang termasuk 35 kanak-kanak selain 1,645 lagi cedera.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pula mengesahkan ‘sejumlah besar’ pejuang Hizbullah terbunuh dalam serangan terhadap 1,600 sasaran di Lubnan termasuk Lembah Bekaa, dalam operasi ketenteraan ‘Operation Northern Arrows’.

Seorang pegawai Lubnan berkata, jumlah itu angka kematian harian tertinggi di Lubnan akibat keganasan sejak perang saudara yang tercetus antara 1975 hingga 1990.

Serangan itu turut mendorong puluhan ribu penduduk setempat melarikan diri, pada hari yang menyaksikan serangan paling dahsyat lagi berdarah di negara itu sejak beberapa dekad.

Selepas beberapa pertempuran rentas sempadan paling tragis sejak perang Gaza pada Oktober, Israel memberi amaran kepada orang ramai di Lubnan supaya mengosongkan kawasan yang didakwanya menjadi tempat Hizbullah menyimpan senjata.

Selain itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menghantar kenyataan video pendek yang ditujukan kepada rakyat Lubnan.

“Perang Israel bukan dengan anda, tetapi dengan Hizbullah. Sudah terlalu lama Hizbullah menggunakan kamu sebagai perisai manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin, yang menyelaras tindak balas krisis, memberitahu Reuters, sebanyak 89 tempat perlindungan sementara di sekolah dan kemudahan lain diaktifkan dengan kapasiti memuatkan lebih 26,000 orang ketika orang awam melarikan diri daripada ‘kekejaman Israel’.

Kepulan asap menyusuli operasi pengeboman Israel di wilayah timur Baalbeck di lembah Bekaa, Lubnan. – Foto AFP

Selepas hampir setahun Israel berperang menentang Hamas di Gaza di sempadan selatannya, kerajaan itu mengalihkan tumpuannya ke sempadan utara di mana Hizbullah yang disokong Iran melancarkan roket ke Israel untuk menyokong Hamas yang turut disokong oleh Iran.

Tentera Israel berkata, pihaknya menyerang Hizbullah di selatan, timur dan utara Lubnan termasuk pelancar, pusat kawalan komando dan infrastruktur Hizbullah.

Seorang pegawai Lubnan berkata, jumlah itu angka kematian harian tertinggi di Lubnan akibat keganasan sejak perang saudara yang tercetus antara 1975 hingga 1990.

Pertempuran itu menimbulkan kebimbangan akan mengheret perang lebih luas di Asia Barat antara Amerika Syarikat (AS) selaku sekutu rapat Israel dan Iran.

Menurut agensi berita negara SPA semalam, Arab Saudi menzahirkan kebimbangan mendalam dan menggesa semua pihak untuk menahan diri daripada memburukkan lagi keadaan.

Seorang pegawai kanan Jabatan Negara AS berkata, negaranya tidak menyokong peningkatan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah dan memaklumkan Washington akan membincangkan ‘cadangan konkrit’ dengan sekutu dan rakan kongsi untuk menghalang perang daripada terus meluas.

Anggota Tentera Lubnan berkumpul berhampiran tapak serangan Israel di pinggir selatan Beirut, Lubnan. – Foto REUTERS

Pegawai Israel berkata, peningkatan serangan udara ke atas sasaran Hizbullah di Lubnan baru-baru ini dilancarkan untuk memaksa kumpulan yang bersekutu dengan Iran bersetuju dengan penyelesaian diplomatik.

Dalam taklimat kepada media di New York, Pegawai AS yang enggan namanya disiarkan, bercakap mengenai kedudukan Israel dan berkata pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, memberi tumpuan kepada usaha ‘mengurangkan ketegangan dan memutuskan kitaran serangan balas’.

Petang semalam, Israel melancarkan serangan ke atas pinggir bandar selatan Beirut dengan menyasarkan pemimpin kanan Hizbullah, Ali Karaki, yang mengetuai bahagian selatan.

Hizbullah kemudian berkata pemimpinnya selamat dan dipindahkan ke lokasi selamat.

Bagaiamanapun, sayap bersenjata Hamas berkata, komander lapangannnya di selatan Lubnan, Mahmoud al Nader, terbunuh dalam serangan udara Israel.

Kepulan asap menyusuli operasi pengeboman Israel di Tyre, selatan Lubnan. – Foto REUTERS

Menurut tentera, siren amaran tembakan roket Hizbullah kedengaran di seluruh utara Israel termasuk di bandar pelabuhan Haifa dan di bahagian utara Tebing Barat yang diduduki.

Kira-kira 60,000 orang dipindahkan dari utara Israel kerana peningkatan skala pertempuran rentas sempadan.

Kementerian Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata, serangan itu akan diteruskan sehingga penduduk Israel kembali semula ke kediaman masing-masing di wilayah selatan.

Hizbullah berikrar untuk berjuang sehingga termeterai gencatan senjata di Gaza.

Jurucakap IDF, Laksamana Muda, Daniel Hagari berkata, Hizbullah menyimpan senjata di dalam perkampungan Lubnan dan rumah orang awam dan berniat menembaknya ke arah orang awam di Israel sekali gus membahayakan penduduk awam Lubnan.

Setakat ini, Hizbullah menafikan dakwaan pihaknya menyembunyikan senjata di dalam rumah dan Reuters juga belum dapat mengesahkannya secara bebas, tetapi ia berkata ia tidak menempatkan infrastruktur ketenteraan berhampiran orang awam. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hampir 1,000 pegawai perubatan Palestin terbunuh sejak 7 Oktober

Next Post

Israel bingung Yahya Sinwar ‘hilang’

Related Posts