Hamas seru tindakan antarabangsa henti pembunuhan di utara Gaza

Komuniti antarabangsa didesak untuk segera bertindak menghentikan pemindahan paksa, pembersihan etnik, dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera penjajah di Gaza Utara.

Seruan ini dikeluarkan gerakan Hamas yang mendakwa bahawa tentera Israel, melalui rancangan yang digelar ‘Pelan Jeneral’, sedang mengepung sekolah, hospital, dan membunuh orang awam yang tidak berdaya.

Menurut kenyataan tersebut, keadaan di kawasan seperti Jabalia, Beit Lahia, dan seluruh wilayah utara Gaza menyaksikan kemusnahan yang besar dan serangan ke atas sekolah serta hospital yang menempatkan pelarian.

Tindakan ini dilihat sebagai pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, dan Hamas menyalahkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa, terutamanya pentadbiran Amerika Syarikat, yang didakwa bersekongkol dalam jenayah ini.

Hamas menyeru kepada dunia Islam dan masyarakat global untuk mengambil langkah segera bagi menghentikan tindakan Israel dan menggagalkan usaha untuk memindahkan penduduk Palestin serta memusnahkan perjuangan mereka.

Seruan ini datang di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, di mana ribuan penduduk terpaksa berpindah dan menghadapi kekurangan bekalan asas akibat sekatan dan serangan berterusan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dron Hizbullah mengenai, merosakkan tingkap bilik tidur Netanyahu

Next Post

Yahya Al-Sinwar: Teguh membela tahanan, syahid pertahan Gaza

Related Posts