Ketua PBB: Pembunuhan dan kemusnahan di Gaza yang terburuk pernah dilihat

Penempatan sementara bagi penduduk yang hilang tempat tinggal rosak susulan serangan Israel, di tengah-tengah konflik Israel-Hamas, di Al-Mawasi, Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, 10 Sept 2024. – REUTERS

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata pembunuhan dan kemusnahan di Semenanjung Gaza adalah yang terburuk yang pernah dilihatnya sepanjang tempoh beliau memegang jawatan bermula 2017.

Beliau menambah dalam satu temu bual media bahawa PBB menawarkan untuk memantau sebarang kemungkinan gencatan senjata di Gaza, sambil mengingatkan tentang kehadiran “Pertubuhan Pengawasan Gencatan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” di Timur Tengah (UNTSO), lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau berkata penerimaan Israel terhadap tawaran itu adalah “kemungkinan lemah”, dan menggambarkan penglibatan PBB dalam sebarang peranan masa depan di Gaza sebagai “tidak realistik”.

Setiausaha Agung PBB menekankan keperluan dan kepentingan gencatan senjata segera di Gaza.

Beliau menegaskan, “Saya tidak pernah menyaksikan tahap kematian dan kemusnahan seperti yang telah kita saksikan di Gaza dalam beberapa bulan kebelakangan ini.”

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah “satu-satunya cara” untuk menamatkan konflik Israel-Palestin dan “tiada alternatif lain” untuk itu. – Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Doktor Gaza: Kami sambut kelahiran dengan lampu telefon

Next Post

Hamas sedia laksana gencatan senjata tanpa syarat baharu

Related Posts