Doktor Gaza: Kami sambut kelahiran dengan lampu telefon

Fadia Malhis menceritakan secara terperinci kepada Anadolu tentang pengalaman perit yang dihadapinya semasa bekerja di Hospital Al-Shifa di Semenanjung Gaza yang menjadi sasaran pengepungan, serbuan dan serangan tentera Israel.

Malhis pulang ke tanah air selepas belajar di Türkiye dan bekerja sebagai pakar obstetrik-ginekologi di Hospital Al-Shifa selama hampir 25 tahun. Dia terpaksa melarikan diri ke Mesir apabila hospital itu tidak dapat digunakan lagi. Dari Mesir, dia pergi ke Türkiye.

Dia berkata dia telah terselamat daripada ambang kematian berkali-kali dan dia tidak dapat menahan air matanya ketika meninggalkan Gaza.

Dia berpindah dari tempat asalnya di Tebing Barat ke hospital yang terletak di enklaf pantai untuk bekerja sejak 2001 kerana suaminya berasal dari Gaza.

‘Apabila serangan bermula, kami menyedari bahawa kali ini tidak seperti yang lain’

Malhis berkata dia bangun pada waktu subuh pada 7 Oktober disebabkan oleh bunyi letupan ribuan peluru berpandu. “Sebenarnya, kami tidak sangka sesuatu yang begitu besar akan berlaku. Kami fikir ia akan terjadi seperti konflik lama. Apabila pembunuhan beramai-ramai bermula enam jam kemudian, kami menyedari bahawa kali ini tidak seperti serangan lain.”

Dia terus pergi ke hospital ketika serangan berterusan mengancam beribu-ribu wanita yang cedera dan hamil dalam keadaan yang melarat.

Israel mengebom tempat yang sepatutnya dilindungi oleh undang-undang antarabangsa dalam serangan awal, katanya. “Israel mula-mula mengebom sekolah, masjid dan hospital. Lima puluh hingga 60,000 orang awam berlindung di Hospital Al-Shifa kerana Israel juga mengebom orang yang bersembunyi di masjid.”

Dia berkata, Israel membekalkan Gaza dengan elektrik selama lapan jam sehari sebelum 7 Oktober, dan sejak itu, doktor-doktor terpaksa menyambut kelahiran bayi di jabatan neonatal Hospital Al-Shifa dengan bantuan generator kerana sekatan elektrik tersebut.

“Sangat susah untuk memanaskan bayi dalam inkubator sejak musim sejuk bermula. Bayi yang tidak mempunyai waris dan terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai datang bertali arus kepada kami. Apakah dosa bayi yang tidak berdosa itu?” dia bertanya secara retorik. “Ada seorang bayi yang datang kepada kami ditemui di sebatang pokok. Bayangkan betapa kuat tekanan letupan itu sehingga bayi tersebut tercampak dari katil bayi ke pokok di hadapan rumah.”

‘Anak perempuan, menantu lelaki dan cucu saya terselamat daripada serangan itu’

Malhis berkata tentera mengepung kawasan kejiranan mereka pada November dan keluarganya dikepung di Rimal selama sebulan – rumah mereka sentiasa bergegar seperti gempa bumi akibat kereta kebal dan letupan bom.

“Apabila kereta kebal mengebom rumah kami semasa dikepung, kami melarikan diri ke tingkat bawah. Kami sedar bahawa tentera Israel sedang menghampiri kami. Askar Israel menyerbu rumah kami, memaksa kaum lelaki menanggalkan pakaian mereka dan berdiri menghadap ke dinding serta menyuruh kami keluar tanpa menoleh ke belakang. Saya fikir saya tidak akan berjumpa dengan anak lelaki dan menantu saya lagi. Anak lelaki saya dibebaskan dalam masa yang singkat, tetapi menantu saya masih dalam penjara,” kata Malhis.

‘Kami bersalin dengan lampu telefon’

Malhis berkata keluarganya pergi ke hospital bersama anak perempuan dan cucu mereka. Mereka terpaksa meninggalkan rumah dalam keadaan menangis.

Mereka menemui tempat tinggal di sebuah bilik kecil di sebuah gudang kerana berpuluh-puluh ribu orang berlindung di Hospital Al-Shifa.

“Mereka memberi saya tiga tilam dan tiga selimut. Saya bekerja di bahagian kecemasan hospital dan tinggal di sana,” katanya.

Bayi dilahirkan dalam keadaan yang rumit kerana bilik bersalin dibom. Malhis berkata kakitangan membina bilik bedah kecil di boiler room.

Dia berkata dia melakukan pembedahan dan menyambut kelahiran dalam keadaan yang sangat menyeksakan. “Kadang-kadang kami terpaksa menyambut kelahiran bayi dengan lampu telefon. Pada hari-hari pertama, air pun tidak ada, hospital langsung tidak boleh digunakan,” katanya.

“Kami terpaksa meninggalkan hospital selepas serangan ke atas Al-Shifa”

Malhis berkata hospital itu tidak lagi dapat digunakan selepas serangan tersebut pada Februari dan keluarganya terpaksa pergi meninggalkannya, dan berteduh di sebuah rumah yang sangat kecil di wilayah Es-Sahabe bersama anak-anaknya.

Mereka bergelut dengan kelaparan dan penyakit di rantau Es-Sahabe dan dibiarkan hidup dengan membuat tepung daripada barli yang dimakan oleh haiwan.

Malhis menyatakan bahawa anak perempuannya hamil semasa serangan dan bersalin secara c-section dalam keadaan yang sangat menyeksakan, “Sejak Hospital Al-Shifa dan hospital lain dibom, saya pergi sendiri ke tempat kelahiran cucu dan melakukan pembedahan tanpa ubat tahan sakit,” kata doktor itu.

Dia berkata akhirnya, keluarganya ke Mesir kerana kelahiran tersebut dan kebuluran, tetapi Mesir tidak membenarkan mereka menyeberangi jalan yang panjang dan mengancam nyawa untuk sampai ke negara itu untuk beberapa waktu.

“Hanya ada satu jalan untuk keluar dari Gaza, dan tentera Israel siap sedia menembak sesiapa yang melintasinya. Kami cuba lima kali dan mereka menyerang kami setiap kali. Pada kali terakhir, semasa pertukaran syif tentera Israel, kami nekad melalui jalan itu untuk meninggalkan Gaza sambil berkata, ‘Sama ada kami mati di sini atau kami akan melepasi jalan ini’ Kami berjalan sepanjang 10 kilometer (6 batu).”

Serangan ketiga ke atas Hospital Al-Shifa berlaku pada hari dia meninggalkan Gaza, menyebabkan Malhis sangat sedih. Dia menangis apabila mendengar bahawa hospital itu telah dimusnahkan.

Malhis mengucapkan terima kasih sepenuh hatinya kepada kerajaan, rakyat dan rakan-rakan yang mendoakan, membantu dan menyokong keluarganya ketika melalui pengalaman pahit itu.

“Semoga Allah merahmati para syuhada kita dan memberikan kesembuhan kepada mereka yang cedera. Semoga Dia membebaskan orang-orang yang ditawan. Saya harap darah ini akan berhenti. Kami sentiasa menyayangi rakyat Turki. Semua orang cuba membantu semampu mereka,” katanya lagi. – Anadolu Agency

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kedudukan Palestin dalam UNGA diiktiraf

Next Post

Ketua PBB: Pembunuhan dan kemusnahan di Gaza yang terburuk pernah dilihat

Related Posts