Pengawal Revolusi Iran: Tindak balas Iran terhadap Israel ‘mungkin lama’

Tindak balas Iran terhadap Israel ke atas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkemungkinan akan mengambil masa, menurut jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Alimohammad Naini, semalam.

“Masa memihak kepada kami dan tempoh menunggu untuk tindak balas ini mungkin panjang.

” ‘Musuh’ harus menunggu tindak balas yang dalam perkiraan dan tepat,” kata Naini, merujuk kepada kemungkinan tindakan balas terhadap Israel.

Sebelum ini, Asia Barat dilaporkan bersiap sedia untuk membalas dendam atas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran pada 31 Julai lalu.

Ini kerana Israel juga tidak mengesahkan mahupun menafikan bahawa ia dalang di sebalik pembunuhan itu.

Menurut media negara Iran, pemimpin Iran sedang menimbang keadaan dan Republik Islam itu mungkin tidak akan bertindak balas dengan mengulangi operasi sebelumnya.

Iran dan Hamas menuduh Israel melakukan serangan untuk membunuh Haniyeh beberapa jam selepas beliau menghadiri perasmian presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian.

Susulan itu, Amerika Syarikat (AS) meminta sekutu yang mempunyai hubungan dengan Iran untuk memujuknya meredakan ketegangan di Asia Barat dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berada di rantau itu bagi memainkan peranan melaksanakan gencatan senjata di Gaza.

Naini berkata, Tehran menyokong sebarang langkah yang membawa kepada penamatan perang di Gaza dan membantu rakyatnya.

“Tapi kami tidak menganggap tindakan AS itu ikhlas. Kami menganggap AS sebagai parti kepada perang (Gaza),” katanya. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Palestin mengusahakan rancangan pembinaan semula Gaza

Next Post

Kelab Perwira agih bantuan 50,000 keping roti di utara Gaza

Related Posts