Hezbollah lancar 320 roket Katyusha memasuki Israel

Hezbollah berkata mereka telah melancarkan lebih 320 roket ke arah Israel pada malam Ahad, mensasarkan beberapa kedudukan tentera ketika tentera Israel menyatakan mereka sedang melancarkan serangan awal terhadap kumpulan pejuang berkenaan.

“Jumlah roket Katyusha yang dilancarkan sehingga kini melebihi 320… ke arah kedudukan musuh,” kata kenyataan Hezbollah, sambil menambah bahawa mereka telah mensasarkan 11 pangkalan dan kem tentera Israel.

Hezbollah berkata “fasa pertama telah tamat dengan kejayaan keseluruhan”, sambil menambah bahawa fasa itu bertujuan ‘mensasarkan kem dan kedudukan tentera Israel bagi memudahkan laluan dron serangan ke arah sasaran’ ke dalam Israel.

Sementara itu, pihak berkuasa Lubnan berkata bahawa serangan Israel telah membunuh lapan orang, termasuk seorang kanak-kanak, di daerah selatan pada Jumaat.

Hezbollah pula menyatakan tujuh orang yang lain yang terkorban adalah pejuang.

Ia adalah angka korban tertinggi dalam satu hari bagi Hezbollah yang disokong oleh Iran sejak mereka berbalas tembakan merentasi sempadan dengan Israel.

Kementerian Kesihatan berkata bahawa satu “serangan dron musuh Israel” telah membunuh dua orang termasuk seorang “kanak-kanak berumur tujuh tahun” di Aita al-Jabal, dan serangan “Israel” lain telah membunuh enam orang di empat tempat lain di selatan.

Agensi Berita Nasional Lubnan yang dikendalikan oleh kerajaan berkata sebuah “dron musuh” telah mensasarkan sebuah rumah di Aita al-Jabal dengan “dua peluru berpandu.”

Hezbollah mendakwa telah melancarkan 13 serangan ke atas kedudukan Israel sepanjang hari, termasuk beberapa “tembakan roket.”

Tentera Israel berkata antara 90 dan 100 peluru dikesan merentasi dari Lubnan ke utara Israel sebahagiannya berjaya dipintas.。

Tentera Israel berkata pesawatnya telah “menghapuskan” anggota “sel pengganas yang merancang untuk menembak peluru dari kawasan Tayr Harfa.”

Sumber yang rapat dengan Hezbollah memberitahu AFP tiga pejuang kumpulan tersebut terbunuh dalam serangan itu. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas tolak syarat baharu Israel dalam rundingan gencatan senjata Gaza

Next Post

Israel umum perintah darurat 48 jam mulai pagi Ahad

Related Posts