Jenazah Ismail Haniyeh dikebumi di Doha Jumaat ini

Jenazah pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh akan dikebumikan di Doha, Qatar pada hari Jumaat (lusa), sehari selepas upacara pengebumian awam di Tehran, kata kumpulan pejuang Palestin tersebut hari ini.

“Upacara pengebumian awam jenazah Ismail akan diadakan di ibu negara Iran, Tehran esok,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Tambahnya, jenazah Ismail akan dibawa ke Doha pada hari yang sama.

Ujarnya lagi, solat jenazah akan diadakan di Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, iaitu masjid terbesar di Doha selepas solat Jumaat.

Jenazah Ismail kemudian akan dikebumikan di tanah perkuburan di Lusail, utara ibu negara Qatar tersebut.

Kenyataan Hamas menambah, majlis di Doha akan diadakan dengan kehadiran tokoh-tokoh dikenali serta penyertaan pemimpin Arab dan Islam. – Kosmo! Online

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Pembunuhan Ismail Haniyeh ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’

Next Post

Kesyahidan Haniyeh menguatkan solidariti jihad semua bangsa

Related Posts