10 kontena bantuan Malaysia sudah masuk ke Gaza

Sebanyak 10 daripada 100 kontena mengandungi pelbagai sumbangan bantuan, berjaya dibawa masuk dan diagihkan kepada penduduk Gaza. – Foto ihsan MAPIM

Sebanyak 10 daripada 100 kontena mengandungi pelbagai sumbangan bantuan, berjaya dibawa masuk dan diagihkan kepada penduduk Gaza.

Berita gembira itu dikongsikan Ketua Misi Bantuan Kecemasan 100 Kontena Malaysia ke Gaza, Dr Sani Araby Abdul Alim Araby yang memaklumkan 10 kontena terbabit dibawa masuk secara berperingkat.

Sebanyak 10 daripada 100 kontena mengandungi pelbagai sumbangan bantuan, berjaya dibawa masuk dan diagihkan kepada penduduk Gaza. – Foto ihsan MAPIM

“Daripada jumlah yang dibenarkan pihak yang memegang kawasan di Rafah yang disekat ini, kita menerima laporan, gambar, video sebagainya, 10 kontena daripada rakyat Malaysia yang ‘flag off’ oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), berjaya masuk ke dalam Gaza.

Sebanyak 10 daripada 100 kontena mengandungi pelbagai sumbangan bantuan, berjaya dibawa masuk dan diagihkan kepada penduduk Gaza. – Foto ihsan MAPIM

“Dua kontena sudah dibawa masuk ke Gaza bulan lalu manakala lapan lagi berjaya dibawa masuk pada hari Jumaat, minggu lalu dan bantuan yang terdapat di dalam kontena itu, diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Konvoi Misi Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah di sini, hari ini yang disempurnakan Oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Reaksi dunia atas serangan Israel terhadap pasukan pengaman PBB di Lubnan

Next Post

Beirut bergegar bagai dilanda gempa bumi angkara serangan Israel

Related Posts