Hamas seru solidariti berterusan untuk Palestin sempena Ramadan

Gerakan Hamas mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia sempena ketibaan bulan Ramadan, sambil menyeru agar bulan suci itu dijadikan medan memperkukuh ketabahan, solidariti dan sokongan terhadap rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza, Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan sempena ketibaan Ramadan, Hamas menyampaikan ucapan kepada rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat, Baitulmaqdis, wilayah dijajah sejak 1948, kem pelarian dan diaspora, selain para tahanan, yang cedera serta keluarga syuhada.

Menurut kenyataan itu, Ramadan merupakan peluang bagi negara, kerajaan serta organisasi antarabangsa untuk mengambil langkah serius dan berterusan bagi meringankan penderitaan rakyat Gaza, menamatkan sekatan serta menyokong ketabahan mereka.

Hamas turut menggesa rakyat Palestin di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan wilayah dijajah meningkatkan kehadiran ke Masjid al-Aqsa melalui ribath dan iktikaf sepanjang bulan Ramadan, selain mempertahankan tapak suci berkenaan.

Pada masa sama, gerakan itu menyeru masyarakat Palestin di seluruh dunia mempergiat inisiatif solidariti dan penyertaan dalam gerakan sokongan global sehingga sekatan ke atas Gaza dihentikan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ribuan hadir di Masjid al-Aqsa untuk solat Tarawih pertama Ramadan

Next Post

Israel hadkan hanya 10,000 jemaah solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

Related Posts