Al-Qassam hargai sokongan Yaman, seru umat Islam pertahan Al-Aqsa

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah menghargai sokongan berterusan Yaman terhadap perjuangan rakyat Palestin, meskipun berdepan tekanan dan ancaman akibat pendirian tegas mereka membela Masjid Al-Aqsa dan Palestin.

Dalam kenyataan terbaharu pada Khamis, beliau menzahirkan penghargaan kepada rakyat Yaman atas solidariti yang ditunjukkan kepada Gaza.

“Kami memberikan penghormatan kepada saudara-saudara sejati di Yaman atas pendirian mereka yang terhormat dan sokongan langsung kepada rakyat Gaza, meskipun mereka membayar harga yang tinggi demi kesetiaan kepada Al-Aqsa dan Palestin,” katanya.

Abu Ubaidah turut menyatakan bahawa roket yang dilancarkan dari Yaman dan Gaza telah bertemu di ruang udara Tel Aviv, sebagai bukti bahawa Gaza tidak bersendirian dalam menghadapi kezaliman Israel.

“Hari ini, peluru berpandu dari Yaman telah bertemu dengan peluru berpandu Gaza di langit Tel Aviv, menegaskan bahawa Gaza tidak keseorangan. Di belakangnya, terdapat pejuang-pejuang yang tidak akan membiarkannya jatuh ke tangan musuh yang angkuh,” ujarnya.

Beliau juga menyeru umat Islam untuk menyertai perjuangan mempertahankan Masjid Al-Aqsa serta meneruskan sokongan kepada Gaza dalam usaha melemahkan kekuatan Israel dan menghentikan serangan berterusan ke atas wilayah itu.

“Kami mengajak seluruh umat Islam yang bebas untuk turut serta dalam pertempuran mempertahankan Al-Aqsa, meneruskan sokongan dan bantuan kepada Gaza bagi melemahkan kekuatan rejim Zionis serta memaksanya menghentikan serangan kejamnya,” katanya.

Serangan Israel ke atas Gaza terus berlanjutan sejak beberapa bulan lalu, dengan ratusan nyawa terkorban akibat tindakan agresif rejim Zionis. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel lancar operasi darat di utara, selatan Gaza dalam serangan baharu

Next Post

Meshaal: Serangan Israel untuk balas dendam, bukan tekanan rundingan

Related Posts