Wakil Hamas seru dunia contohi Yaman dalam menekan Israel

Wakil Hamas di Yaman, Muaz Abu Shamala, menyatakan bahawa pendirian tegas Yaman dan angkatan bersenjatanya dalam menyokong Gaza telah “mengubah keadaan” dan menjadi contoh penting dalam usaha menekan penjajah Israel.

Abu Shamala menyebut langkah-langkah Yaman yang termasuk memutuskan aliran ekonomi Israel dan proksi-proksinya di Laut Merah sebagai faktor penting dalam strategi melawan Israel.

Dalam wawancara bersama akhbar Yaman, Al-Wahda, Abu Shamala menegaskan bahawa pendirian Yaman merupakan “contoh paling terang dalam mencabar pentadbiran Amerika yang tidak adil.”

Beliau juga menekankan bahawa selain sekatan ekonomi, terdapat alat lain yang berkesan untuk menekan Israel, seperti pelancaran peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Tel Aviv.

Abu Shamala mengkritik negara-negara Arab yang disifatkannya sebagai “memalukan dan pengecut” dalam respons mereka terhadap krisis Gaza.

Beliau menambah bahawa “pihak yang berdiam diri di dunia ini sama ada menyokong pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel atau tunduk kepada tekanan Amerika dan Barat.” – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kebuluran di Gaza pada tahap maksimum

Next Post

Israel rancang pisah utara Gaza, halang penduduk kembali

Related Posts