Tentera Israel campak mayat penduduk Palestin dari bumbung rumah

Mayat penduduk Palestin yang menjadi mangsa keganasan rejim Zionis dalam serangan di Qabatiya, berhampiran bandar Jenin, di sini, semalam, dicampak dari bumbung sebuah rumah.

Menurut agensi berita Palestin, WAFA, sebelum kejadian, rejim Zionis mengepung rumah tersebut sebelum naik ke bumbung dan menembak tiga pemuda Palestin yang berlindung daripada keganasan tentera Israel.

Menurut agensi itu lagi, rumah tersebut kini dirobohkan Israel sementara empat rumah lain di kawasan sama masih dikepung.

Dalam masa sama, 10 penduduk lain dilaporkan cedera dalam insiden serangan tersebut, lapor portal berita Awani.

Sementara itu, di kawasan sama, seorang penduduk Palestin cedera parah selepas kenderaannya dibom dalam satu serangan udara dilakukan rejim itu.

Insiden itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya tiga yang lain cedera termasuk seorang kanak-kanak. – Berita Harian

Difahamkan, semua mayat mereka kemudian dicampak satu persatu ke bawah.
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia, Palestin akan meterai MoU tingkat kerjasama perdagangan dan pelaburan – MITI

Next Post

Usah beri ‘masa tambahan’ kepada Israel terus bermaharajalela

Related Posts