Jeneral Israel: Sinwar mendapat pengiktirafan global dan menjadi Salahuddin moden

Jeneral Israel, Ofer Winter, telah mengkritik keras cara pengurusan perang Israel di Gaza, dan memberi amaran tentang pengiktirafan global yang diperolehi oleh pemimpin Hamas di Gaza, Yahya Sinwar, menurut pendapatnya.

Akhbar “Israel Today” melaporkan kandungan kritikan yang diterbitkan oleh Winter dalam majalah hal ehwal ketenteraan, yang diterbitkan selepas dia dihalang daripada menyertai persidangan yang menyeru jalan keluar dari perang ini.

Ofer Winter dianggap sebagai anggota tentera yang kontroversi di Israel, yang telah memegang jawatan tinggi dalam tentera termasuk sebagai Ketua Staf Wilayah Tengah dan Setiausaha Menteri Pertahanan sebelum Ketua Staf Hertzi Halevi memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya dalam tentera pada Mei tahun lalu.

Jeneral Israel, Ofer Winter

Menurut apa yang dilaporkan oleh “Israel Today”, Winter berkata bahawa penilaian pihak keselamatan terhadap krisis strategik yang sedang dihadapi Israel pada masa ini adalah salah.

Beliau menambah bahawa cara tentera menguruskan pertempuran setakat ini bukan sahaja gagal menyelesaikan krisis, tetapi juga telah membawa Israel kepada situasi yang jauh lebih teruk berbanding ketika meletusnya perang.

Winter juga berpendapat bahawa Yahya Sinwar kini mempunyai pengiktirafan global sebagai Salahuddin Al-Ayyubi di zaman ini, kerana Israel sedang berunding dengannya untuk pembebasan tawanan. – Al Jazeera

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PM terima kunjungan Pendakwa Raya ICC, tuntut akauntabiliti atas jenayah Israel

Next Post

Deklarasi Beijing penting ke arah perpaduan Palestin

Related Posts