Hamas bincang gencatan senjata Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir

Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, membincangkan gencatan senjata di Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir Abbas Kamel menerusi panggilan telefon pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Kamel untuk membincangkan “perkembangan terbaharu mengenai rundingan bagi mencapai gencatan senjata,” menurut kenyataan Hamas.

Ketua perisikan Mesir itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada Haniyeh atas kematian kakaknya dan beberapa anggota keluarga dalam serangan udara Israel di kem pelarian Al-Shati di barat Gaza City minggu lalu.

Rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas dengan Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir bertindak sebagai perantara setakat ini gagal mencapai persetujuan yang membolehkan pertukaran tawanan antara kedua-dua pihak.

Lebih 37,800 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 86,800 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Tiada kemajuan dalam rundingan gencatan senjata di Gaza

Next Post

Pelan Israel pasca perang: Rakyat Palestin tinggal dalam ‘pulau dan gelembung’ di Gaza

Related Posts