Haniyeh: Pembunuhan ahli keluarga tidak akan mengubah perjuangan Hamas

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, berkata serangan udara Israel yang mengorbankan 10 ahli keluarga terdekatnya tidak akan menghalang kumpulan pejuang itu dengan apa cara sekali pun dalam penentangan terhadap rejim Zionis.

Ismail menegaskan, pembunuhan ahli keluarga, termasuk adik perempuannya, Zahr Haniyeh, tidak mengubah penentangan Hamas terhadap tentera Israel.

“Membunuh ahli keluarga dan saudara-mara saya tidak akan mempengaruhi tindakan pejuang Hamas di mana-mana peringkat.

“Sekiranya musuh berpendapat menyasarkan keluarga (saya) akan membuatkan kami mengubah kedudukan dan menjejaskan kemaraan, maka mereka menipu diri sendiri kerana setiap syahid di Gaza dan Palestin adalah ahli keluarga saya,” katanya.

Hamas dan agensi pertahanan awam Gaza dalam satu kenyataan, berkata serangan berkenaan disasarkan ke rumah keluarga Haniyeh yang terletak di kem pelarian Al-Shati, dekat utara Semenanjung Gaza yang didakwa didalangi Israel.

“Tindakan itu menunjukkan Israel secara berterusan melanggar semua undang-undang antarabangsa, norma dan nilai manusia dengan sengaja menyasarkan orang awam yang tidak bersalah serta melakukan pembunuhan beramai-ramai yang paling mengerikan,” katanya.

Ismail, yang mengetuai diplomasi Hamas mengendalikan Gaza sejak 2007 kehilangan ramai saudara-mara dalam serangan udara Israel sejak 7 Oktober, termasuk tiga anak lelaki.

Isnin lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengakui sedia menerima perjanjian gencatan senjata separa yang akan membuka jalan untuk warga Israel yang ditahan di Gaza dibebaskan.

Bagaimanapun, beliau menekankan tidak akan bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang akan menamatkan perang di Gaza secara keseluruhannya.

Bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan cadangan gencatan senjata.

Cadangan itu antara lain merangkumi gencatan senjata selama enam minggu, pembebasan tebusan Israel di Gaza dan penduduk Palestin yang ditahan di penjara Zionis.

Pertukaran berkenaan kemudian akan membolehkan rundingan dijalankan bagi gencatan senjata kekal.

Hamas yang juga kumpulan pejuang Islam memerintah Gaza dianggap organisasi pengganas oleh Israel dan sekutu utama Barat, termasuk AS. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ahli keluarga Ismail Haniyeh, termasuk kakaknya terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Next Post

GSPP dan Dunia Palestin ziarah Mufti Perak bincang isu Palestin

Related Posts