Jangan putus asa melawan kezaliman

Allah menenangkan Rasulullah yang sedih melihat kezaliman yang dilakukan oleh Qurasyh terhadap umat Islam. Lalu Allah menurunkan ayat:

وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka.” (Surah Ibrahim: 42)

Perhatikan dalam sejarah bagaimana Allah membinasakan kaum-kaum yang zalim. Mereka dimusnahkan dengan elemen-elemen yang kecil sahaja. Firaun tewas ditenggelami air, Namrud mati disebabkan nyamuk, Qarun ditimbus tanah dan pakatan tentera Ahzab bertempiaran lari disebabkan angin.

Begitulah sunnah kaum yang zalim. Allah berupaya memusnahkan mereka dengan sekecil-kecil makhluk. Namun Allah mendidik RasulNya agar bersabar dan terus berjuang mempertahankan hak orang yang dizalimi.

Ketika keluarga Yasir dan Sumayyah dizalimi, Rasulullah hanya mampu memberikan kata-kata doa dan semangat yang positif sahaja, menjanjikan syurga buat mereka. Namun setelah belasan tahun kemudian, jihad diperintahkan, perjuangan telah melalui fasa bersenjata.

Hari ini Kesatuan Ulama Sedunia telah mengumumkan kewajipan berjihad membantu saudara kita di Palesitin. Menjadi kewajipan buat kita membantu mereka semampu kita. Intipati fatwa boleh dibaca di sini: https://duniapalestin.net/dunia/4110/

Bermula dengan doa, sumbangan kewangan, usaha boikot atau apa sahaja yang kita mampu. Setiap usaha kita akan dinilai oleh Allah inshaAllah. Yang paling utama adalah usaha yang kita laksanakan untuk membantu saudara kita yang dizalimi biar pun cuma sedikit.

    Semoga Allah membimbing kita.

    Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    Total
    0
    Shares
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Previous Post

    Bersuara melawan kezaliman Zionis dan sekutunya adalah jihad

    Next Post

    Wartawan Gaza dibakar hidup-hidup dalam serangan Israel di Khan Younis

    Related Posts