Hamas: Rampasan kapal Madleen tidak akan menutup suara kebebasan

Pergerakan Perjuangan Islam (Hamas) hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera penjajah Zionis merampas kapal bantuan kemanusiaan ‘Madleen’ di perairan antarabangsa yang dalam misi solidariti ke Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, Hamas menyifatkan tindakan itu sebagai “jenayah lanun”, mencabul undang-undang antarabangsa dan menyerang sukarelawan awam yang membawa misi kemanusiaan untuk memecah kepungan serta mendedahkan jenayah kebuluran penjajah Zionis terhadap penduduk Gaza.

“Kapal Madleen telah dipintas secara paksa, ditunda ke pelabuhan Ashdod dan aktivis antarabangsa di atas kapal telah ditahan walaupun mereka dalam misi aman untuk membantu rakyat Gaza yang sedang berdepan perang genosid,” menurut kenyataan itu.

Pergerakan itu turut memuji keberanian para aktivis dari pelbagai negara yang tetap teguh walaupun berdepan ancaman, sambil menegaskan bahawa Gaza “tidak bersendirian” dalam perjuangannya menentang penjajah Zionis.

“Kehadiran Madleen bersama konvoi bantuan dari Algeria, Tunisia, Jordan dan negara lain adalah bukti nyata kegagalan propaganda Zionis dan pertambahan sokongan kemanusiaan antarabangsa terhadap Gaza yang dikepung,” tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, Hamas mengemukakan tiga tuntutan utama:

1. Pembebasan serta-merta semua aktivis solidariti dan memegang rejim penjajah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan mereka.

2. Desakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan antarabangsa lain agar mengutuk rampasan tersebut dan mengambil tindakan segera untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza.

3. Menegaskan bahawa kepungan ini merupakan jenayah yang tidak akan lupus ditelan masa dan dunia perlu terus melawannya melalui pelbagai inisiatif.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa rampasan kapal Madleen tidak akan menutup suara kebebasan, sebaliknya akan lebih mendedahkan wajah sebenar pendudukan Zionis kepada masyarakat dunia. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Madleen Kullab, aspirasi kepada misi kapal Madleen Flotilla

Next Post

Jeneral bersara Israel akui Hamas telah mengalahkan tentera Israel

Related Posts