Jeneral bersara Israel akui Hamas telah mengalahkan tentera Israel

Pergerakan perjuangan Palestin, Hamas, telah mengalahkan tentera penjajah Israel yang selama ini menganggap dirinya sebagai “tentera terkuat” di Timur Tengah, kata Jeneral bersara Israel dan pakar ketenteraan, Yitzhak Brik, sambil menyifatkan kekalahan itu sebagai “tamparan hebat kepada keupayaan pencegahan Israel”.

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Ibrani Maariv bertajuk “Leading Israel to Mass Suicide: The IDF Continues to Fight the Wars of the Past”, Brik berkata “kekalahan” itu akan mendorong “musuh-musuh” Israel untuk bersiap sedia melancarkan perang terhadapnya, dan “semua ini berpunca daripada sekumpulan pemimpin yang telah hilang arah, kewarasan dan kebijaksanaan”, merujuk kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang menurut Brik bertanggungjawab terhadap segala kerugian yang ditanggung Israel di Gaza.

Menurut bekas pegawai kanan Kor Perisai yang pernah berkhidmat sebagai komander kolej ketenteraan dan ketua Jawatankuasa Aduan Tentera, apa yang paling diutamakan oleh kerajaan Netanyahu hanyalah “kelangsungan kuasa peribadi dan politik”, sambil menambah bahawa mereka “sedang membawa rakyat Israel menuju kepada bunuh diri beramai-ramai”.

Tentera Israel, jelas Brik, “telah melakukan kesilapan strategik apabila terlalu menumpukan pelaburan kepada tentera udara, khususnya dengan membeli pesawat mahal, atas alasan bahawa musuh terus mempersenjatai diri dengan peluru berpandu dan dron murah, yang tidak mampu dihadapi oleh Israel”. – Middle East Monitor

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Rampasan kapal Madleen tidak akan menutup suara kebebasan

Next Post

Israel lancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran

Related Posts