PM Lubnan: Israel biadab kerana dunia berdiam diri

Najib turut mempersoal keupayaan dunia untuk menghentikan serangan terang-terangan terhadap rakyat Lubnan. – Foto REUTERS

Keganasan berleluasa dan jenayah dilakukan rejim Israel di Lubnan adalah disebabkan dunia memilih untuk berdiam diri.

Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati dalam satu kenyataan berkata, sikap sebegitu mengalakkan Israel untuk terus melakukan kezaliman ke atas penduduk awam di Lubnan.

Beliau turut mengecam serangan baru Israel terhadap orang awam di bandar Nabatieh sehingga mengorbankan Datuk Bandar bersama lima yang lain dalam serangan udara Israel.

Najib turut mempersoal keupayaan dunia untuk menghentikan serangan terang-terangan terhadap rakyat Lubnan dan mempertikai keberkesanan Majlis Keselamatan PBB dalam menuntut gencatan senjata.

Beliau juga bertanyakan penyelesaian apa lagi yang mampu diharapkan dalam situasi yang memuncak di negara itu melihat kepada kezaliman rejim yang turut menyasarkan anggota pasukan interim PBB di Lubnan (UNIFIL). – Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mehdi Hasan: Israel wajar dikeluarkan dari PBB

Next Post

UNIFIL kekal di semua kedudukan di Lubnan walau diserang Israel

Related Posts