Qatar, Mesir dan AS menjemput Israel dan Hamas menyambung semula rundingan

Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat telah menyeru Israel dan Hamas untuk menyambung semula rundingan bagi mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dalam keadaan pengeboman berterusan Israel di wilayah itu telah membunuh hampir 40,000 rakyat Palestin dan menimbulkan kebimbangan peningkatan ketegangan serantau.

Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, ketiga-tiga negara menggesa Israel dan Hamas “untuk menyambung semula perbincangan segera” pada 15 Ogos di Doha atau Kaherah “untuk menutup semua jurang yang tinggal dan memulakan pelaksanaan perjanjian tanpa berlengah lagi”.

“Sudah tiba masanya untuk membuat perjanjian gencatan senjata dan membebaskan tebusan dan tahanan,” kata mereka.

“Kami telah bekerja selama berbulan-bulan untuk mencapai persetujuan kerangka dan kini ia telah ada di atas meja, hanya tinggal butiran pelaksanaan yang belum selesai.”

Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan cepat memberi respons terhadap seruan tersebut, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa Israel akan menghantar satu delegasi untuk menghadiri perbincangan minggu depan “bagi memuktamadkan butiran dan melaksanakan persetujuan kerangka tersebut”.

Hamas, kumpulan politik Palestin yang mentadbir Gaza, belum memberi respons lagi.

Kenyaan bersama itu dikeluarkan selepas beberapa bulan usaha yang gagal untuk mencapai gencatan senjata di Gaza, di mana serangan tentera Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 39,699 rakyat Palestin dan mencederakan 91,722 orang lain sejak awal Oktober. – Al Jazeera

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Palestin gesa ICC keluar waran tangkap ke atas Bezalel Smotrich

Next Post

Jeneral Israel: Israel tidak mampu bertahan dalam perang serantau

Related Posts