Tentera Israel tembak mati 10 orang penerima bantuan di selatan Gaza

Tentera Israel membunuh 10 rakyat Palestin yang kelaparan dan mencederakan 62 yang lain dalam tempoh dua hari ketika mereka berkumpul di Rafah untuk menerima bantuan kemanusiaan, kata seorang pegawai kanan kerajaan Gaza pada Rabu.

Menurut Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, Ismail al-Thawabta kepada agensi Anadolu, tentera Israel menembak mati 10 orang awam Palestin dan mencederakan 62 yang lain selepas mengarahkan mereka mengutip bantuan kemanusiaan di pusat-pusat bantuan yang didirikan di bandar Rafah, selatan Gaza.

Tentera Israel telah menjemput rakyat Palestin yang kelaparan untuk hadir mengambil bantuan berhampiran pusat pengagihan bantuan di Rafah pada Selasa dan Rabu, namun kemudian melepaskan tembakan ke arah mereka, mengorbankan 10 orang dan mencederakan 62 yang lain, jelasnya.

Pada Selasa, ribuan rakyat Palestin yang kelaparan membanjiri pusat pengagihan bantuan yang ditubuhkan oleh Israel di kawasan dikenali sebagai “zon penampan” di selatan Gaza. Menurut pejabat media Gaza, tentera Israel bertindak melepaskan tembakan ke arah orang ramai, menyebabkan ramai yang cedera.

Sejak 2 Mac, Israel telah menutup lintasan ke Gaza daripada sebarang kemasukan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan, sekali gus memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedia parah di wilayah terkepung itu, menurut laporan kerajaan, pertubuhan hak asasi dan badan antarabangsa. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas menyeru protes global ketika genosid Gaza genap 600 hari

Next Post

Perang Perisikan Hamas terhadap Israel

Related Posts