Majelis Ulama Indonesia sokong fatwa jihad melawan Israel

Majelis Ulama Indonesia (MUI) menyatakan sokongan penuh terhadap fatwa jihad yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (KUMS) dalam usaha melawan tindakan agresif Israel terhadap Palestin.

Ketua MUI Bidang Hubungan Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa, Prof. Sudarnoto Abdul Hakim, menegaskan bahawa fatwa tersebut selaras dengan keputusan Ijtima’ Ulama Fatwa MUI yang mewajibkan umat Islam membela Palestin.

Beliau juga menyarankan agar negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan konsolidasi dalaman untuk mengambil langkah-langkah terukur dalam menghentikan kekejaman Israel yang berterusan.

“Fatwa yang dikeluarkan oleh KUMS untuk jihad melawan Israel harus didukung secara meluas,” kata Prof. Sudarnoto. Beliau menekankan perlunya pendekatan yang lebih komprehensif dan serentak, yang diselaraskan secara antarabangsa, khususnya oleh dunia Islam, untuk menundukkan Israel dan mencapai kemerdekaan Palestin.

Prof. Sudarnoto juga menyeru kepada negara-negara Islam untuk mempertimbangkan semula kehadiran kedutaan besar Amerika Syarikat di negara masing-masing, sebagai tindak balas terhadap sokongan kuat Amerika terhadap tindakan Israel. Beliau menegaskan bahawa diperlukan langkah-langkah politik dan diplomatik yang terukur untuk memberi tekanan kepada Amerika agar menghentikan sokongan mereka kepada Israel.

MUI turut mengajak para pemimpin negara, ulama, tokoh masyarakat, dan seluruh elemen masyarakat untuk bersatu padu dalam gerakan komprehensif menekan dan memperlemah Israel demi mencapai kemerdekaan Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Wartawan Gaza dibakar hidup-hidup dalam serangan Israel di Khan Younis

Next Post

Mufti Taqi Usmani: Jihad terhadap Israel kewajipan semua kerajaan Islam

Related Posts