Pembahagian masa dan ruang di Masjid al-Aqsa kini menjadi realiti

Jurucakap Hamas, Hazem Qasem berkata pencerobohan Israel yang belum pernah berlaku sebelum ini ke atas Masjid al-Aqsa membuktikan bahawa pembahagian masa dan ruang di masjid suci itu kini menjadi suatu realiti.

Beliau berkata tindakan Israel tersebut turut menunjukkan bahawa ia tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa dan mendakwa status quo yang selama ini terpakai di tempat-tempat suci tidak lagi wujud.

Qasem turut menyifatkan peningkatan tindakan terhadap Masjid al-Aqsa sebagai bukti bahawa Israel langsung tidak menghormati hak penjagaan Hashemite Jordan terhadap tempat-tempat suci di Baitulmaqdis.

Beliau juga menyeru Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya mengambil tindakan sebenar dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan bagi menghadapi apa yang disifatkannya sebagai proses yahudisasi tempat-tempat suci yang sedang berlaku di lapangan.

Qasem turut menggesa Pihak Berkuasa Palestin (PA) supaya keluar daripada keadaan tidak berdaya dan kegagalan dalam menghadapi rancangan tersebut, selain mengamalkan strategi tindakan nasional yang sebenar. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Meshaal: Israel sedang merancang penguasaan penuh Masjid al-Aqsa

Related Posts